Kenapakah agaknya mereka jadi macam tu? Jangan cepat-cepat menyalahkan diri anak semata-mata. Sebaliknya semak dan renung bagaimana didikan dan layanan kita terhadap anak-anak selama ini. Adakah terlalu ketat, garang melampau, terlebih manja atau terbiar sahaja? Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.
Pertama, bagaimana dengan didikan agama mereka? Cukupkah? Berapa kali kita berjemaah bersama anak-anak? Berapa kali kita membaca Al-Quran bersama-sama mereka. Tanpa diterapkan agama dalam mendidik anak-anak, jiwa mereka ‘kosong’ dan mudah terpengaruh dengan gejala sosial.
Amalkan untuk solat berjemaah bersama anak-anak di rumah. Latih anak lelaki yang telah baligh untuk menjadi imam. Dengan solat berjemaah sekeluarga dapat membantu mengeratkan silaturahim dan kasih sayang sesama ahli keluarga. Anak-anak jadi dekat dengan kita dan apabila mereka hendak melakukan sesuatu perkara tidak baik, mereka akan berfikir dahulu kerana tidak mahu kita marah dan sedih.
Cuba selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Mungkin apa yang kita ajar tidak ‘sampai’ kepada mereka. Jadi, kita perlu cari jalan dan cara untuk mendekati anak-anak dan mendidik mereka, mengikut perkembangan semasa. Mungkin anak-anak sekarang tidak boleh lagi menggunakan cara didikan yang terlalu keras dan pendekatan psikologi lebih tepat.
Fikirkan juga punca rezeki yang kita peroleh. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesannya kepada jiwa anak-anak. Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita mendidik anak-anak, cuba perbaiki diri. Berubahlah kerana ibu bapa idola kepada anak-anak. Mereka akan lihat apa yang kita tunjukkan pada mereka. Berubah untuk jadi lebih baik supaya kita layak menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan anak-anak.
Sekiranya anakdegil, amalkanlah doa ini. Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi dan selawat Syifa sebanyak tujuh kali. Kemudian usap ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati agar dilembutkan hati anak itu. Boleh juga amalkan membaca surah Al Imran ayat 200 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” Tiup ubun-ubun anak dan lakukan sebanyak tujuh kali. Semoga Allah SWT memelihara anak-anak kita di dunia dan di akhirat.
Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment