loading...

'Biar anak menangis sebab tak dapat lari daripada kami menangis sebab anak hilang'



Semalam, seorang sahabat berkongsi cerita yang anaknya tiba-tiba berlari ke tengah jalan dan hampir dilanggar kereta. Ya, anaknya hyperactive, tak kenal bahaya. Alhamdulillah anaknya selamat. 

Kes yang sama berlaku pada Umar semasa dia berusia antara 4-5 tahun. Masa itu dia memang hyperactive. Pantang lepa, pasti berlari tanpa menoleh ke belakang.

Pernah hilang selama 45 minit di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail. Puas mencari dalam pasar, rupa-rupanya sudah sudah pun menyeberang jalan empat lorong besar kerana terlalu obses dengan logo Celcom. Memang Allah Maha Melindungi. 

Umar tak cedera apa-apa. Ketika itu dia tidak ada langsung skill komunikasi. Yang ada hanya echolalia, mengulang semula apa yang didengar umpama burung kakak tua. Jadi, kalau orang tanya nampak awak siapa, memang dia akan ulang balik soalan itu dan tidak memberi jawapan langsung. 

Alhamdulillah, pakcik jaga di Celcom itu nampak Umar melintas jalan, di bawanya Umar ke pasar dan tanya orang-orang di sana kalau ada sesiapa yang kehilangan anak. 

Bila kami nampak Umar dari jauh, terus kami menerpa padanya. Namun tidak ada sedikit pun riak takut atau terkejut. Dia ketawa besar bila melihat kami. Memang dia tidak faham apa yang berlaku. Trauma kami dibuatnya. 

Sebulan tak keluar berjalan sebab masih teringat-ingat kejadian itu. Selepas itu bila nak keluar, abi ambil inisiatif ikat lubang tali pinggangnya dengan tali dan diikat pada lubang tali pinggang Umar. Sebab masa itu kami tak tahu di mana ada jual child safety harness seperti dalam gambar ini. 

Bila diikat seperti itu, ramai yang memandang, ada yang buat muka pelik, berkerut dahi tetapi kami tak peduli. Pada kami, biar anak menangis sebab tak dapat lari daripada kami menangis sebab anak hilang. Kalau anak kami hilang pun, bukannya orang-orang yang buat muka pelik itu yang nak carikan. 

Oleh itu, kalau anda mempunyai anak-anak neurotypical ternampak ibu bapa yang pakaikan child safety harness pada anak, minta sangat-sangat untuk memahami kondisi keluarga tersebut yang berkemungkinan mempunyai anak yang hyperactive dan darter. Tak perlu beri komen 'ikat anak macam binatang' atau ' kalau dah macam tu, tak payah bawa anak keluar'. 

Haih! Tak perlu sakitkan hati orang dengan kata-kata seperti itu. Cuba ada sedikit empati dalam diri. Kami pernah melalui situasi mencabar membesarkan Umar dan kami faham perasaan ibu bapa yang terpaksa 'mengikat' anak mereka. Takkan nak buat macam itu melainkan sudah terpaksa.
from The Reporter 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close