"Uii! Pensyarah tu..."
Dr. Mohd Ariff Ahmad Nazri bagaimanapun mengakui bahawa dia tidak dapat memberi hantaran lebih dari RM2,000. Namun telah menyediakan beberapa 'kelengkapan' untuk hidup semati dengan mana-mana gadis yang bakal menjadi pasangannya.
"Saya mungkin tidak boleh beri hantaran lebih dari RM2,000. Tetapi saya sudah sediakan:
- Rumah untuk kita
- Dah sediakan kenderaan selesa untuk kita bergerak
- Dah belikan steam iron yang menjadi idaman surirumah untuk kemudahan kita
- Dah siapkan simpanan untuk pendidikan anak-anak kita
- Dah lengkapkan segala peralatan rumah untuk kehidupan kita selepas kahwin
- Bilik tetamu untuk mak ayah awak kot-kot mereka datang melawat pun saya sudah sediakan.
"Boleh kan kalau hantaran cuma RM500 sahaja? Kalau rasa boleh, PM tepi," tulisnya di Facebook, petang semalam.
Bagaimanapun, Doktor Mohd Ariff menetapkan bahawa gadis yang berminat dengan tawaran itu perlu mempunyai dua kriteria berikut:
- Pemegang Sarjana
- Berhajat untuk sambung ke peringkat PhD
Reaksi netizen?
Ramai yang kecewa |
Bagaimanapun, ramai yang menganggap pensyarah berkenaan hanya bergurau sahaja. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2jr2PvN via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment