loading...

Bukan Malas Tapi Inilah Perasaan Yang Dilalui Kaum Ibu Hamil

Sukarnya untuk ibu hamil membuat kerja rumah, kadang nak masak pun payah sebab ada yang alah dengan bau. Ibu tidak faham dengan kondisi diri, kasihan suami banyak membantu menguruskan hal rumah tangga. Sampai bila ibu tidak boleh membuat sebarang kerja, bimbang disalah erti oleh orang yang tidak memahami situasi diri yang alami keletihan melampau ini.

Meskipun berat badan ibu hamil belum menunjukkan perubahan bentuk, ibu sudah merasa keletihan yang teruk. Tidak terkecuali keletihan ini dialami oleh ibu hamil ketika usia kandungan tujuh bulan. Namun ada yang mengalami rasa lelah tersebut sepanjang kehamilan.

Berikut sebab ibu hamil merasa letih yang disalahertikan...

1. Peningkatan hormon progesteron
Hormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, tubuh ibu akan mengalami pengeluaran darah disertai dengan penurunan tekanan darah dan kadar gula. Ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu kerana sering buang air kecil.

2. Tenaga hilang sepanjang hari
Alahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.

3. Perasaan cemas buat ibu tertekan
Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. Untuk itu ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.

4. Kurang zat besi
Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah Anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui ibu ada masalah tersebut atau tidak ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.

5. Penambahan beban
Terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih sebagaimana dialami pada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.

Tip untuk buat ibu hamil bersemangat
• Berehat setiap kali merasa letih. Tidur siang atau tidur awal malam hari.
• Hindari minum banyak air beberapa jam sebelum tidur, mengelak sering terbangun untuk buang air kecil.
• Mengambil makanan berkhasiat dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam. Contohnya bijian, susu rendah lemak, roti gandum dan lain-lain.
• Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makanan manis, masam atau makanan segera.
• Utamakan mengambil minuman air putih dan kurang mengambilan minuman berkafein.
• Buat aktiviti fizikal seperti berjalan santai ia akan buat anggota tubuh merasa lebih baik. Lakukan regangan dan buat latihan pernafasan setiap hari jika perlu.
• Jika berasa letih atasi dengan beri kelonggaran ketika membuat kerja atau aktiviti yang dibuat ketika itu.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close