loading...

Dua remaja maut, motosikal BMW S1000RR terbabas


SHAH ALAM, SELANGOR - Dua pelajar tingkatan empat SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka hilang kawalan lalu terbabas, Sabtu lalu, lapor Bernama.

Dalam kejadian jam 2.50 petang di Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 6 itu, Muhammad Asyraf Mohd Naizie dan Muhammad Fudail Mazlin, masing-masing berumur 16 tahun menunggang motosikal jenis BMW S1000RR dibawa dengan laju di lorong kanan sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan pembahagi jalan. 

Akibat dari kejadian itu, Muhammad Asyraf tercampak ke arah sebatang pokok dan terpelanting semula ke atas jalan, manakala rakannya, Muhammad Fudail tercampak ke atas jalan. 


SEDIKIT INFO DARI SELANGOR *2 orang budak 16 tahun cuba test moto BMW S1000RR dekat seksyen 6 Shah Alam, meninggal di tempat kejadian.. anak berumur 16 tahun cuba bawa naik bigbike curi kunci motor dari orang tua nya..*
Posted by Abang Tutor on Monday, 16 January 2017

Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu dipinjam daripada rakan mereka yang lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2jYIyhJ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close