loading...

Elakkan 10 Perkara Jika Nak Hidup Lebih Bahagia!

Siapa tak mahu hidup gembira dan bahagia bukan? Namun dalam tak sedar sebenarnya diri kita yang menjadi penghalang kepada kebahagian diri sendiri. Mungkin kita tak sedar selama ini.

Jika anda nak hidup lebih gembira, elak dari lakukan 15 perkara ini!

1. Berhenti rasa diri kita selalu betul

Kita tak sedar kadang-kadang kita rasa sentiasa betul walaupun sebenarnya salah. Jika sentiasa nak betul, kita banyak melukakan hati orang lain. Silap-silap kita boleh memutuskan silaturahim.

2. Berhenti bersikap sentiasa mahu mengawal keadaan

Bukan semua benda kita mampu kawal atau mampu ubah. Untuk lebih bahagia, anda seharusnya perlu rela untuk melepaskan sikap suka mengawal keadaan yang terjadi di sekeliling anda.

3. Hentikan menyalahkan orang lain

Anda akan lebih gembira jika anda bersikap tidak menyalahkan orang lain atas setiap apa yang tak miliki. Berhenti dari asyik salahkan orang lain dan bertanggungjawab atas diri sendiri.

4. Hentikan menyalahkan diri sendiri

Jangan percayakan setiap benda yang dikatakan oleh minda anda, terutama perkara negatif dan asyik menyalahkan diri sendiri. Anda adalah lebih bagus dari apa yang minda anda fikirkan.

5. Hentikan melayan halangan dalam pemikiran anda

Jangan layan halangan pemikiran anda yang selalu menyekat anda dari melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat.

6. Berhenti merungut!

Ramai orang yang suka merungut. Ada sahaja yang tak kena dan nak dirungutkan! Jangan pandang rendah kepada kuasa pemikiran positif. Bahagia adalah pilihan rasa di dalam diri kita.

7. Berhenti mengutuk

Kita semua berbeza tapi sebenarnya kita semua sama. Tidak perlu kutuk orang lain jika kita tidak faham mereka atau tidak bersetuju dengan mereka.

8. Berhenti menarik perhatian orang lain

Ada orang berusaha keras untuk tarik perhatian orang lain dan sanggup buat sesuatu yang mereka sendiri tidak biasa. Hargai diri anda seadanya tanpa perlu bersusah payah.

9. Berhenti rasa selesa ditahap yang sama

Berubah adalah sesuatu yang baik. Perubahan bantu anda menambahbaikkan kehidupan dan juga kehiduoan di sekeliing anda. Jangan menentang perubahan diri ke arah lebih baik!

10. Berhenti menghukum atau mudah ‘melabelkan’ orang lain

Salah satu sebab tak bahagia ialah kerana mudah sangat melabelkan seseorang. Ramai hidup penuh dengan sangkaan buruk atau pencapaian orang lain.

SUMBER

from HANASUVA http://ift.tt/2jT33IK via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close