loading...

Ini Punca Sebenar Mengapa Faiz Subri Berucap Dalam Bahasa Inggeris Dan Tak Pakai Baju Melayu

Ini Punca Sebenar Mengapa Faiz Subri Berucap Dalam Bahasa Inggeris Dan Tak Pakai Baju Melayu

faiz

Nama Faiz Subri kini menjadi sebutan di seluruh dunia.

Pemain Pulau Pinang ini mencatat sejarah apabila gol cantiknya memenangi anugerah Puskas yang diadakan di Switzerland semalam.

Kejayaan ini sekaligus membolehkan dia sebagai wakil dari Asia yang pertama kali memenangi anugerah berkenaan.

Sebelum ini dikatakan Faiz akan menghadiri ke majlis ini dengan memakai baju Melayu dan jika menang dia akan berucap dalam Bahasa Melayu sahaja.

Tetapi semalam Faiz tampil memakai baju formal.

Malah Faiz telah berucap dalam Bahasa Inggeris walaupun pada mulanya kelihatan dia amat nervous.

Ini jawapannya:

Mengapa Berucap Dalam Bahasa Inggeris?

Melalui satu temubual, katanya, dia tidak dibenarkan berucap dalam bahasa Melayu di majlis berkenaan.

Ini komennya:

“Di atas pentas cuma bagi masa 30 saat untuk berucap, mereka tak benarkan saya berucap dalam Bahasa Malaysia. Memang saya rasa ‘ketaq’ (gementar) sebab ini kali pertama saya berucap di pentas besar,”

Mengapa Tak Pakai Baju Melayu?

Faiz Subri tidak memakai baju melayu adalah kerana cuaca di negara berkenaan amat sejuk dan baju melayu tidak sesuai.

Ini komennya:

“Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot bukan pakai baju Melayu, tidak kena (sesuai), terlalu sejuk,”

tahniah buat Faiz Subri sekali lagi. -PENMERAHDOTCOM

The post Ini Punca Sebenar Mengapa Faiz Subri Berucap Dalam Bahasa Inggeris Dan Tak Pakai Baju Melayu appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2j1T6vU via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close