loading...

'Jangan disebabkan orang lain, anak saya tak mahu ke sekolah' - Ibu mangsa buli



Hari Isnin yang lalu, Afkar dipukul di kepala dengan kuat ketika di sekolah. Afkar cakap, kepala dia sakit. Malamnya, Afkar demam panas. 

Hari Selasa, saya suruh Afkar pergi sekolah selepas tengok keadaan dia pada petang itu nampak macam dah okey walaupun masih demam. Tapi saya text ustazah, in case Afkar pengsan atau apa-apa, boleh terus menghubungi saya sebab rumah dengan sekolah hanya tiga minit perjalanan sahaja. 

Balik dari sekolah, Afkar cerita pada abah yang dia tak belajar solat sebab tak larat dan kepalanya sakit. 

"Abah, tadi ada kawan tumbuk mata abang," katanya. 

Abah dia terkejut. Dah sampai pintu pagar, mereka patah balik. Abah dia tanya budak mana yang tumbuk dia? Afkar tunjuk, lalu si abah pergi pada budak itu selepas meminta izin dengan ustazah.

"Awak ada tumbuk muka Afkar?" soal si abah dengan baik pada budak itu. 

Dengan muka ketakutan dia kata, "Takde, takde.." padahal baru lepas kejadian. Takkan Afkar berbohong? 

Si abah beritahu ustazah yang semalam Afkar mengadu kepalanya dipukul oleh rakan sekelas tapi tak tahu siapa dan dengan apa. Sekarang dia mengadu sakit dan abah pun tunjuk kesan lebam-lebam di kaki Afkar. Ustazah kata, Afkar kena mengadu selepas ini kalau ada kawan-kawan usik. Okey, mereka pun balik. 

Malam Selasa itu, Afkar demam panas, melepek di rumah. Tak aktif seperti biasa, tak mahu makan langsung. Dia kata nak muntah dan kepala dia sakit sangat. 

Malam itu juga kami pergi Hospital Pontian. Kepala Afkar kena x-ray. Jam 11 malam lebih kami sampai di rumah. Tak pasal-pasal jadi begini disebabkan kelakuan anak orang. 

Rabu itu sepatutnya sekolah tetapi saya maklumkan kepada ustazah yang Afkar cuti sebab dia demam panas, dia mengadu sakit kepala gara-gara kepalanya dipukul. Selain memaklumkan Afkar telah dibawa ke hospital dan inshaAllah kami akan buat laporan polis. 

Tidak lama kemudian, ustazah membalas mesej saya dan meminta maaf di atas kejadian yang berlaku. Dia kata dia akan berbincang mengenai perkara itu dengan Guru Besar dan akan memaklumkan apa tindakan seterusnya. 

Petang itu, dah berkobar-kobar nak pergi buat laporan polis. Ustazah mesej, katanya dah berbincang dengan Guru Besar. Mereka akan pantai kelakuan budak tersebut, asingkan tempat duduk dia dan berbincang dengan ibu bapa budak berkenaan. 

Saya hargai tindakan segera ustazah berkenaan pada waktu itu. Jadi selepas berbincang dengan suami, kami tak mahu memanjangkan kes. Juga dengan harapan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada Afkar. 

Hari Khamis pun saya cutikan Afkar di atas nasihat keluarga, saudara mara dan sahabat. Saya rehatkan Afkar dari golak dunia luar walaupun dia sibuk nak pergi sekolah. Saya maklumkan yang doktor tak bagi dia hadir ke sekolah, barulah dia okay. 

Dia suka sekolah di situ, sampaikan dia berasa bosan duduk di rumah. Dia sendiri ambil buku dan buat latihan, cerita akwan yang itu ini, kawan yang suka nyanyi lagu toyol, kawan yang songkok panjang dan lain-lain. 

Janganlah disebabkan orang lain, semangat Afkar mahu ke sekolah dipadamkan begitu sahaja. Susah payah ibu bapa pupuk setiap hari betapa seronoknya sekolah. 

Buat keluarga, saudara dan sahabat, saat saya buntu, banyak cadangan, nasihat dan kata-kata semangat. Setiap satu saya baca, saya sebak. Terima kasih yang tak terhingga. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. 
from Cite Heboh http://ift.tt/2jXEpY8 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close