loading...

'Kau yang salah baca nama, aku yang kena maki sebakul'


Apalah nasib si isteri yang mempunyai suami yang gemar bertindak membabi buta seperti ini. Gara-gara tersalah baca nama, seorang runner bernama Fard atau nama penuhnya, Muhammad Fard Osman, dimaki hamun pada awal pagi semalam. 

"Dia yang salah baca, lepas itu saya pula yang kena maki sebakul. Siapa Farid yang dia maksudkan? Kenapa Farid kacau isteri dia? 

"Apa jadah saya nak kacau isteri orang, tiada masa nak buat semua itu. Dia tak tahu agaknya saya ini pakar motivasi yang tak bertauliah, kan dah kena ceramah. Lebih baik saya fikir macam mana nak dapatkan gelaran Doktor tanpa ada PhD daripada kacau isteri dia," seloroh Fard. 

Perkongsian Fard itu viral di media sosial dan kini dikongsi seramai 5,093 pengguna Facebook dan 8,300+ likes. 

Tanpa sebarang pembuka kata mahupun pengenalan, lelaki itu terus melemparkan kata-kata caci maki terhadap Fard dan mendakwa dia telah menganggu isterinya. 



"Ko pehal ganggu bini aq?! Ko xpyh nk jd pnasihat hbngan org la baruahh!! Aq tau nk jge bini aq tu. Ko dok mne? Aq nk lnggar ko. pe xde btine laen ke smpi btine aq jgk ko nak?! Sial la ko nie," kata lelaki itu yang dipercayai berusia awal 20'an dan berkemungkinan besar merupakan 'WeChat' berdasarkan penggunaan singkatan perkataan yang agak keterlaluan sehingga memeningkan kepala orang ramai untuk menterjemahnya.

Bagaimanapun, Fard menafikan dakwaan lelaki itu dan memberi ayat berikut, "Saya tahu saya hensem tapi tak ada sampai tahap nak kacau isteri orang," selorohnya. 


Enggan percaya dengan penafian itu, lelaki terbabit kemudian berkata isteri dia dah ceritakan segala-galanya dan menuduh Fard sebagai punca dia tidak dilayan oleh isterinya. 

"Bini aq da citer sume la kat aq baruah!! Ptt la die mkin xlyn aq, rpe nye ko punce sume nie. Farid, Farid, ko nk bdalih pe lg??

"Bini aq da ckp yg ko byk suruh die g mntak cerai kat pjbt agme. Woi hal aq laki bini ko xpyh sbuk! Aq mntk no tepon ko die xbg. Ha aq sendri amik dlm tepon die. 'Runner Farid' die smpan dlm tepon die. Runner knon, puihh. Runner xde msa dpn nk gnggu btina aq pehal!!" katanya. 




Yang seterusnya? 




Menyedari dirinya tersilap memaki hamun orang, lelaki itu minta maaf. Namun sudah terlambat kerana Fard bertubi-tubi memberikan ceramah percuma lelaki itu. 

Mungkin tidak tahan dengan ceramah 'pedas' yang disampaikan oleh Fard, akhirnya lelaki itu terpaksa menyekat nombor Fard dari terus 'mengajarnya'. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2iZaqki via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close