loading...

'Kenapa ayah awak hitam, mak awak putih?'


Hari ini adalah hari pertama anak perempuan sulung saya melapor diri di sekolah Cina sebagai pelajar Darjah Satu. Bukan mudah untuk saya menyiapkan dia. Semasa sesi orientasi, ada seorang rakannya bertanya, 

"Kenapa ayah awak hitam dan mak awak putih?" 

Saya percaya itu satu soalan yang jujur dari seorang kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu. 

Arianna lantas bangkit dan mepertahankan bapanya serta berkata, "Dia bukan hitam! Dia coklat! Sebab dia berbangsa India. Mak saya bukan putih, tetapi kuning, sebab dia berbangsa Cina!"

Kemudian kami berjalan melalui seorang ibu dan anak, kami terdengar perbualan mereka. 

"Kamu duduk di sebelah budak Melayu? Bagaimana? Kamu duduk di sebelah budak Melayu, kamu gembira?" soal si ibu. 

Wanita itu memperlahankan suaranya apabila menyedari kehadiran kami yang juga memandang mereka. 

Saya terkejut mendengar kata-kata wanita itu. Kanak-kanak tidak dilahirkan bersifat perkauman. Malah, mereka tidak tahu pun yang anda boleh mendiskriminasikan seseorang itu berdasarkan warna kulit sehinggalah mereka belajar dari orang orang dewasa, bagaimana kita bercakap dalam bangsa yang berbeza, istilah yang digunakan untuk melabelkan bangsa, nada dan bahasa badan yang kita gunakan apabila bercakap dengan bangsa lain. 

Jangan hanya pandai menunding jari pada kerajaan dan masyarakat semata-mata bila ada kes-kes perkauman yang berlaku di sekeliling kita. Sedangkan pendidikan awal dan asas bermula dari rumah. Belajarlah menghormati orang lain, sebelum anda meminta orang lain menghormati anda. - Jason Kalaichelvam | The Chindian Diares
from The Reporter http://ift.tt/2iLTM7N via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close