loading...

Lenovo Phab 2 Pro Membawa Pengguna Merasai Pengalaman Berbeza Dengan Tango


Lenovo semakin hari semakin sibuk, bukan sahaja kerana CES malah mereka telah berkerja untuk beberapa produk mereka sejak beberapa bulan yang lalu dan baru-baru ini Smart Assistant, Smart Storage Device, ZUK Edge, dan Projek Tango. Ini adalah sesuatu yang didalam jangkaan sejak ia disahkan dan tidak sabar untuk mendapatkannya, Lenovo Phab 2 Pro.

Phablet ini telah berada di pasaran sejak November dan kini telah menerima informasi bahawa peranti Tango yang pertama ini sedang digunakan oleh pelbagai pengguna dan developers untuk menyediakan aplikasi baru. Kebanyakan dari mereka berkata ia berkaitan dengan VR dan AR yang mempunyai hubung kait dengan Crayola Color Blaster, Fury of the Gods, Hot Wheels Track Builder.

Dengan Tango, Lenovo Phab 2 Pro menjadi mesin yang lebih berguna kerana korang boleh menggunakan telefon untuk mengukur objek dan bahagian dalaman rumah korang. Telefon ini bukan sekadar hanya untuk permainan yang menarik. Dikuasakan oleh platform Tango, ia menjadi satu teknologi yang menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan ia bukan sahaja berguna untuk kehidupan digital pengguna. The Tango dan Tango aplikasi juga bersedia untuk pendidikan, runcit, dan fotografi.

Sesetengah aplikasi Tango lain termasuklah daripada Lowe's dan Wayfair yang membolehkan pengguna untuk meletakkan barang-barang hiasan dalaman mereka di dalam rumah anda sebelum membuat keputusan untuk membuat pembelian. Matlamatnya adalah untuk pembeli memeriksa bagaimana produk tersebut kelihatan di rumah mereka sebelum membeli atau sebelum melihatnya di kedai. Ada juga iStaging dengan teknologi Realiti Immersive yang membolehkan pengguna Phab 2 Pro untuk mereka bentuk dalaman mereka dan melihat keputusan dalam realiti.

Lain-lain aplikasi Tango menarik termasuk Matterport dengan lawatan rumah maya, MagicPlan Sensopia untuk melukis pelan lantai dan Dinosaurs Among Us untuk belajar dengan dinosaur di alam maya, dan Angstrom Tech’s Solar at Scale untuk melihat sistem solar di AR.

Sumber : Lenovo from Oh! Media http://ift.tt/2iK1gpR via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close