loading...

Lukisan 'Orang Lidi' jadi realiti!


Tiada sebarang helah kamera atau ilusi yang digunakan untuk menghidup 'orang lidi' ini. Ia benar-benar berlaku. Apa yang anda perlukan adalah, whiteboard  marker dan papan yang mempunyai permukaan licin dan berkilat. 

Jika anda menggunakan permukaan perabot di kediaman anda, usah risau kerana ia tidak akan merosakkan perabot anda. 

Apa yang anda perlu lakukan ialah, lukiskan orang lidi di permukaan yang licin. Kemudian, tuangkan sedikit air ke atas lukisan tersebut. 


Secara perlahan-lahan, lukisan orang lidi itu tadi akan tanggal dari permukaan papan dan bersatu dengan tompokan air yang dituangkan tadi. 

Ini kerana dakwat whiteboard marker mudah tanggal kerana ia mengandungi bahan silikon berminyak. Penggunaan bahan tersebut adalah bagi mengelakkan dakwat melekat pada papan putih. 

Dah faham? Jadi, tiup perlahan-lahan orang lidi yang anda lukis itu tadi. Tunjukkan pada rakan-rakan atau anak-anak anda, sudah pasti mereka akan teruja. 

Selesai permainan ini, sila kembali menjalani kehidupan normal anda. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2jNqapr via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close