loading...

Qaseh Masih Hilang, Mohon Sangat Netizen Boleh Viralkan

Sekali lagi kes kehilangan anak berlaku, Qaseh Qumairah Damia Abdullah, 8, dan bagaimana rasa hati ibunya hanya Allah yang tahu. Untuk mengurangkan gundah gulana emosi si ibu, mungkin orang ramai boleh bantu viralkan. Siapa tahu dengan kuasa viral, anak perempuan bernama Qaseh boleh dijumpai dengan cepat.

Sampai sekarang pihak plis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan ini yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar bermain di sekitar kediaman neneknya di Taman Saujana di sini pada 23 Januari lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kanak-kanak berkenaan keluar bersama adik lelaki dan seorang rakan mereka.

Keluarga hanya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan apabila adik lelakinya yang berusia tujuh tahun pulang ke rumah bersendirian.

Ibunya sudah menghubungi bekas suami tetapi lelaki berkenaan menyatakan tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan kanak-kanak berkenaan sebelum wanita terbabit kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.

"Operasi mencari juga dijalankan di lokasi berhampiran kanak-kanak berkenaan bermain termasuk  dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Sampai sekarang kanak-kanak berkenaan masih gagal ditemui," katanya.

Terdahulu, kehilangan kanak-kanak berkenaan turut menjadi tular di media sosial Facebook dan WhatsApp.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close