loading...

Sanggup Si Ibu Tinggal Anaknya Umur 3 Tahun Di Rumah Seorang Diri!?

Bila tengok balik, dah macam ala-ala cerita Sunk Into The Womb, tinggalkan anak seorang diri, cumanya anak selamat. Mungkin terdesak dan niat nak selamatkan diri dari tomahan manusia tetapi kalau baca cerita penuh ini, ada ke yang setuju dengan tindakan wanita ini?

 

Wahai kaum ibu... kalau anda tersepit dan berada dalam situasi ini juga, janganlah bertindak seperti ini pada anak kecil. Sebab dalam usia 3 tahun, apalah sangat yang budak tahu buat kalau kelaparan.

 

Ya, ini cerita mengenai seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya yang masih kecil seorang diri di rumah hanya disebabkan nak sembunyikan rahsia. Apa lagi sedih, dua anak yang lain dia bawa pulang, tapi si bongsu kena tinggal dalam gelap sendirian!

 

Nasib baik tangisan kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh itu, disedari oleh penduduk kampung yang seterusnya berjaya menyelamatkannya.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak , mereka menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci dalam pukul 12.45 malam.

 

Cukup terkejut apabila sampai ke lokasi, polis mendapati ada  seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.

 

“Mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan. Ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi.

 

“Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri. Suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya,” kata Hamazah.

 

Pada hari kejadian, ibunya meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.

 

Wanita berkenaan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.

 

“Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Namun, kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

 

“Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, tapi undang-undang harus dipatuhi. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

 

Agak kasihan dengan anak kecilnya itu, yang masih tak tahu apa dengan apa yang berlaku. Namun apa pun, syukur kerana tidak berlaku perkara yang tak diingini. Semoga segala urusan semua pihak dipermudahkan. Aamiinn...
 

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2iKLKdm via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close