loading...

Sumbanglah Apa Yang Mampu Untuk Bantu Anak Syurga Ini

Pilu hati melihat kedaan anak kecil comel ini, masih kecil dan kalau ikutkan hati memang tak sanggup nak gambarkan realiti keadaan yang dialaminya. Seeloknya... untuk kurangkan beban anak kecil, bantulah kongsi rezeki takat mana yang mampu. Ikuti cerita penuh dari pekongsian Natipah Abu ini...

 

Bismillah...

 

Sebak melihat Aisyah... tangannya dibedung dgn cebisan kain batik utk mengelakkan dia mencabut tiub oksigen dan wayar kecil di dalam rongga hidung yg digunakan utk minum susu.

Puting kosong di dlm mulutnya juga terpaksa ditampal dgn pita pelekat utk memastikan puting itu tidak jatuh.

 

 

Alat menyambung tiub oksigen itu melekat kuat di mukanya, nampak seolah mencengkam kulitnya. Dahinya sudah melecet kerana alat itu. Pipinya juga kemerah-merahan.

 

" Air utk mesin oksigen tu mahal jd kami letakkan air mineral saja. Susu pun mahal sgt... tak mampu nk beli. RM 40 setin kecil. Sebulan 6 - 7 tin. Jd ingat nk bg susu dutch lady saja lps ni..."

 

Cerita si ibu sambil menunjukkan botol air mineral 6 liter kpd kami.

 

Pengurus Zakat Kuala Muda dan beberapa pegawai bahagian korperat Lembaga Zakat Negeri Kedah yg bersama Kak Pah...mmg rasa terharu melihat anak kecil ini yg kebanyakan masanya hanya terlentang di atas tilam.

 

Mengakui dia mengetahui anak ketiganya ini ada masalah sejak dlm kandungan... rasa sedih dan terkilannya sbg seorang ibu tk dapat dibendung menyebabkan dia langsung tidak membuat apa2 persediaan utk menyambut kelahirannya.

 

 

"Pernah satu masa...saya tengok keadaan Aisyah pelik. Rupanya abg dia tutup suiz plug mesin oksigen dia."

 

Rasanya... Aisyah harus di tempatkan di atas katil supaya keselamatannya lebih terjamin. Takut kalau2 si abg yg masih kecil dan belum mengerti apa2 terjatuh atas si adik dan sebagainya.

 

Sejak anak ini lahir dan sakit... suaminya yg bekerja sbg pemandu bas rapid ...kerap bercuti dan gajinya selalu dipotong.

 

 

Mereka kini tidak mampu menyewa rumah lagi dan balik tinggal bersama ibu bapa si isteri di kampung.

 

Kami dapat merasakan betapa gelisahnya Aisyah dlm keadaan dibedung. Kak Pah memohon izin memangku dia.

 

Sebaik kain batik yg melilit tubuhnya dibuka..dia melonjak gembira dlm pelukan Kak Pah tapi .... tidak lama kemudiannnya, dia kepenatan dan dibedung semula. Meronta dan menangislah si kecil itu ingin " bebas".

 

Puting yg disuap ke mulut dan dilekatkan dgn pita pelekat itu...menghentikan tangisannya...

 

Terima kasih kepada sahabat2 Kak Pah yg telah menyumbang utk susu, pampers, barangan bayi dan baju utk anak syurga ini.

NURKHALISHA AISYAH BINTI MUHAMAD AZZIM ( 9 BLN ).

MASALAH SALURAN PERNAFASAN.

 

SUMBANGAN:

 

MAYBANK

107424073122

 

BSN

021194100008657-1

 

MUHAMMAD AZZIM B. ISMAIL.

 

KG SG YU , PANTAI MERDEKA, SG PETANI.

 

Kredit: Natipah Abu

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2iCWKbn via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close