Wanita berusia 42 tahun itu mengaku mempunyai RM14,000 dalam akaun peribadi, namun RM11,000 daripada wang itu adalah milik beberapa rakan hasil aktiviti sama.
Ibu kepada dua anak berusia 19 dan 22 tahun itu menjelaskan, dia bukan menipu masyarakat seperti yang didakwa kerana dia memang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, termasuk dua anaknya.
"Wanita itu tidak buta tetapi OKU penglihatan tahap B2 (rabun teruk), manakala anaknya juga OKU mempunyai masalah sama.
"Dia mengaku menjual tisu di tempat tumpuan ramai termasuk restoran dan memperoleh pendapatan kira-kira RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suaminya (warga Indonesia) yang bekerja sebagai buruh tidak mencukupi," kata Pegawai JKM, Manayi Ibrahim.
Wanita itu juga mendakwa, dia hanya memilik RM3,000 daripada RM14,000 yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
JKM akan menyiasat kenyataan wanita itu bagi mengenal pasti kesahihannya.
Posted by Norsham Azu Khair on Saturday, 7 January 2017
Kisah wanita ini tersebar di media sosial selepas ada individu yang mengaku sebagai pekerja sebuah bank dan mendakwa mengenali wanita ini yang selalu masukkan duit kutipan di bank tempat kerjanya.
Justeru, netizen mula mempertikaikan tindakan kakitangan bank berkenaan yang merakam video pelanggannya tanpa sebarang kebenaran, boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap bank tersebut. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2jy3xYt via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment