Ya Allah hebatnya ujian wanita yang bernama Umi Umeera. Dua anaknya sudah pergi menghadap Ilahi akibat Penyakit kulit rapuh (Epirdemolysis Bullosa). Kini anak yang ketiga pula sedang menderita penyakit yang sama.
Mungkin anda sendiri pernah nampak kisah adik ini di laman Facebook baru-baru ini, video sewaktu kulitnya dicuci. Allahurabbi, tak sanggup nak dengar tagisan anak syurga ini.
Rintihan dan tangisan anak yang terbaring lesu buat Umi Umeera berlari ke sisi anaknya itu. Dia tidak boleh membiarkan anaknya yang cukup istimewa itu tinggal sendirian terlalu lama. Ada sahaja benda yang tidak kena dan minta perhatian darinya. Paling dibimbangkan oleh Umi Umeera serangga halus datang menggigit anaknya itu yang hanya selesa berbaju dan memakai lampin pakai buang.
Muhammad Aqif, 4 tahun menghidap penyakit ini semenjak lahir. Akibatnya anak kecil ini lumpuh dan hanya mampu terbaring di atas tilam. Sesekali dia akan mengangkat kepalanya. Hanya itu yang mampu dibuat oleh Aqif pada usianya itu. Berbanding dengan kanak-kanak lain yang sudah boleh bersekolah.
Sakit Sejak Lahir
Hati penulis hiba mengenangkan nasib Aqif sedemikian, pertuturannya tidak lancar. Dia hanya mampu mengungkapkan satu perkataan dari satu masa untuk memberitahu apa yang dikehendakinya. Naluri seorang ibu, amat memahami apa yang dikehendaki oleh anaknya. Paling menghibakan hati apabila melihat seluruh tubuh berbalut. Di bahagian tidak berbalut kelihatan luka kecil yang berdarah dan kulit yang menggelembung.
Tangan si kecil itu tidak berhenti menggaru di tempat gatalnya itu. Akibat terlalu asyik menggaru kulit itu berdarah. Apakan daya kulit yang gatal itu walau digaru berulang kali masih tidak mahu hilang, sehinggakan Aqif tidak betah menggaru lagi. Diminta ibu menolongnya.
Sesekali ayah Aqif, Kaoirul Anuar, 37 tahun, akan datang menyapukan ubat gatal di kulit anaknya itu. Kesan ubat itu hanya tahan seketika, tidak berapa lama si kecil itu mula menggaru balik. Mata dan hati tidak mampu untuk melihat keadaan kulit itu yang semakin merah dan berdarah. Walau mata ditutup dan perasaan ngeri, tidak membantu Aqif yang tiba-tiba menangis kesakitan.
Cerita Umi Umeera, dia dan suami sudah maklum dan faham penderitaan anaknya itu. Mana tidaknya sebelum ini mereka sudah diuji dengan kehilangan dua orang anaknya meninggal dunia akibat penyakit itu.
“Penyakit Epirdemolysis Bullosa (EB) atau sejenis penyakit genetik gangguan tisu seumur hidup. Aqif mempunyai masalah kulit sangat sensitif, mudah menggelembung dan pecah sebelum tertanggal. Malangnya masalah yang dihadapi oleh Aqif bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam. Pendarahan di dalam boleh berlaku jika terdapat tekanan kuat dari luar. Kerana itu kami cukup bimbang jika Aqif memukul dan menghentak dirinya sendiri dengan tangan, apabila kemahuannya tidak dituruti.
“Setiap sebulan sekali saya akan membawa Aqif Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat. Saya redha apabila doktor mengatakan anak saya ini tiada ubat yang dapat menyembuhkannya. Aqif akan menderita sebegini sepanjang hayatnya. Luluhnya hati saya mengenangkan nasib anak sebegini,” kata Umi Umeera menjelaskan ia penyakit genetik, namun dia tidak pasti dari mana, kerana tidak ada keluarga terdekat yang mengidap penyakit itu.
Kulit Tertanggal
Hanya Umi Umeera dan suaminya yang memahami penderitaan Aqif. Sementelah, ketika dia ingin membuang air besar, kelihatan kulit di bahagian sulit dan punggungnya tertanggal. Merah dan seakan-akan kelihatan seperti dipanggang.
Setiap kali Aqif mahu kencing atau buang air besar, dia akan menangis kerana kesakitan. Umi Umeera dapat bayangkan betapa pedihnya setiap kali anaknya mahu kencing atau berak. Begitu juga ketika ingin membuang pembalut kain membalut kulitnya itu.
Anak itu akan menangis kesakitan, itulah yang harus dihadapi oleh anak kecil ini, apabila balutan itu perlu diganti baru setiap hari. Ada kalanya rontaan anak kecil yang tidak dapat menahan kesakitan itu tidak mampu dikawal oleh suami isteri ini.
Dengan pendapatan Kaoirul sebagai juruteknik, dia tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga. Isterinya tidak bekerja, wang gaji inilah juga yang digunakan untuk membesarkan empat lagi anaknya.
Kaoirul memperuntukkan sejumlah yang besar wang setiap bulan untuk membeli kelengkapan Aqif dari segi perubatan dan susu. Kini segalanya perbelanjaan Aqif perlu ditanggung sepenuhnya oleh Kaoirul apabila anaknya itu tidak lagi mendapat bantuan zakat mahupun Baitulmal.
BANTUAN BOLEH DISALURKAN MELALUI:
Akaun Maybank bernombor: 162179628451 atas nama Umi Umeera
from Peristiwa http://ift.tt/2kp6SKB via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment