loading...

Allahu Rabbi... Si Sulung Sakit, Adik Pun Sakit. Moga Ada Hamba Allah Yang Sudi Bantu

Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan si anak, sedari kecil bergantung kepada mesin untuk meneruskan hidup. Malahan si anak sedari lahir tidak pernah tahu apa itu rumah kerana dirinya dibesarkan di hospital ekoran masalah kesihatan yang dihadapi.

Biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan, ibu ini tetap berkeras untuk membawa pulang anaknya ke rumah sendiri. Memberi nikmat bahagia kepada seorang anak sebelum segalanya terlambat. Dah lama, Nor Hafizah memasang cita-cita untuk memiliki rumah selesa dan bersih serta memenuhi segala segi demi anak keduanya yang kini berusia tiga tahun.

Nurul Aqila Maisara Hasmadi atau mesra disapa Aqila mengidap penyakit usus kronik kerana ususnya tidak berupaya menyerap makanan atau dalam istilah perubatannya “hirschprung desease” kategori short bowel syndrome dan total colanic agangglion.

"Disebabkan penyakit itu, Aqila tidak pernah merasa suasana membesar di dalam rumah kerana selepas empat hari dilahirkan di hospital Temerloh, Pahang, anaknya itu dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur dan dirawat di pusat perubatan itu sehingga sekarang.

“Saya bersyukur sangat, setelah sekian lama menanti, saya dan suami dapat apa yang kami mahu selama ini. Paling penting akhirnya kami empat beranak sudah ada rumah sendiri dan harapan untuk bawa Aqila pulang ke rumah juga semakin cerah.

ANAK SULUNG TERPAKSA BERJAUHAN

Selama ini, anak sulungnya itu dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Payoh, Kijal dan dia pula hanya dapat pulang ke rumah menjenguk anak sulungnya itu dalam tempoh dua bulan sekali sahaja untuk menjimatkan kos ulang alik.

“Kalau Aqila dibenarkan balik ke rumah baru kami ini, dapatlah saya jaga kedua-dua anak saya ini sekali. Tak perlu lagi mereka adik-beradik berpisah. Jika tidak setiap kali mahu berpisah, pasti kami anak-beranak akan berendam air mata.

“Hadif juga perlukan perhatian saya, selama ini dia telah banyak berkorban untuk adiknya yang perlukan perhatian. Padahal dia sendiri sakit, sistem imunisasi badan dia tak kuat, dia juga mudah demam.

“Doktor kata, Hadif perlu diawasi dengan baik kerana kalau dia demam atau jatuh, jantungnya mudah bengkak dan jika perkara itu berlaku, perlu dibuat pembedahan yang kosnya RM10,000 ke atas. Saya juga banyak terlepas pandang akan perkembangan tumbesaran Hadif kerana kami berjauhan,” ujarnya lagi.

Di samping itu, dengan penyatuan keluarga ini diharap kos yang perlu ditanggung Nor Hafizah dan suami selama ini untuk kos ulang-alik dan tinggal di Kuala Lumpur akan berkurangan. Di Kuala Lumpur, menurutnya  mereka terpaksa sewa bilik untuk jimatkan kos kerana dia tidak dibenarkan tidur di dalam wad atas sebab tertentu.

“Kos dapat dijimatkan lagi kalau Aqila dapat dibawa pulang ke rumah segera. Namun sekarang ada beberapa mesin yang perlu kami beli dulu sebelum dapat bawa pulang Aqila,” tambahnya.

BANTULAH WALAU TAK BANYAK:

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi:

Akaun Maybank 1511 4652 1900 atas nama Nor Hafizah Zainuddin.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2loxyqb via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close