Sawan tangis merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih.
Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Mungkin senang untuk kita memperkatakan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita hadapi sendiri bayi yang menangis tanpa henti. Pelbagai komplikasi boleh terjadi akibat daripada colic dan kesan buruk ini lebih tertumpu kepada ibu bapa serta keluarga dan bukannya kepada bayi tersebut. Nak tahu macam mana situasinya, ikuti cerita dari Puan Intan Rohaizat ini...
Satu petang, aku santai borak-borak dengan kawan. Ada satu ceritanya yang buat aku tersentap. Dia cerita pasal jirannya yang baru dapat anak, memang pasangan muda yang dua-dua jenis happy go lucky.
Selepas dapat baby, hidup pasangan yang romantic dan bahagia ini berubah 360 darjah. Orang lain dapat baby happy tapi pasangan ini asyik bergaduh. Si isteri sampai terjerit-jerit. Kawan aku ni pun rasa tak sedap hati sebab baby dorang asyik nangis.
Bila dirisik, barulah tahu baby pasangan ini kena sawan tangis. Siang malam melalak sampai laki bini ni stress. Dek kerana dah tak tertanggung, si isteri pun meluah perasaan kepada kawan aku.
Katanya dia pernah hampir bunuh anaknya masa stress memuncak. Sebab semak dan serabut sangat dengar suara anak yang melalak, si ibu tekap muka baby dengan bantal. Mujur dia tersedar...Tengok tu syaitan merasuk sampai ibu hilang pertimbangan.
Itu kisah pengajaran yang kita kena ambil iktibar. Sawan tangis ini kena dirawat segera kalau tidak memang ibu boleh meroyan dalam pantang. Silap-silap rumah tangga boleh barai kerana laki bini asyik bergaduh penat jaga anak yang asyik menangis.
Menangis Tanpa Sebab
Emak ayah memang buntu bila baby menangis tak henti-henti. Baby yang kena sawan tangis akan menangis tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu. Biasanya baby akan menangis sampai berjam-jam.
Dalam istilah perubatan sawan tangis dikenali sebagai colic.Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Sawan tangis memberi kesan yang besar kepada ibu, ayah dan ahli keluarga. Ibu boleh menjadi sangat tertekan, murung dan hubungan suami isteri jadi tegang.
Paling ditakuti ibu boleh bertindak luar kawalan kerana sangat tertekan menjaga baby yang kuat menangis. Ibu-ibu yang emosinya tidak stabil boleh mencederakan baby.
Cara Atasi
Kita kena ambil serius masalah ini. Jika baby kena sawan tangis ibu dan ayah kena segera bertindak. Sebenarnya tiada rawatan khusus yang dapat membantu merawat masalah sawan tangis. Berikut beberapa cara untuk membantu mengurangkan baby menangis.
1. Ada doktor yang advice ibu kurangkan makanan tenusu, gandum dan kekacang untuk mengatasi sawan tangis.
2. Letak minyak telon pada perut baby, kemudian pakaikan bedung supaya perut baby tidak kembung. Pakaikan juga baby sarung kaki untuk elak masuk angin.
3. Mandikan baby dengan air suam.
4. Susukan baby dengan kerap supaya baby tidak lapar dan meragam
5. Tukar lampin dengan kerap supaya baby selesa.
Baby Menangis Kerana Gangguan Makhluk Halus
Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan sawan tangis disebabkan gangguan makhluk halus. Kita boleh cuba rawat anak dengan ustaz yang amalkan perubatan Islam.
Cara Elak Gangguan
1. Pastikan rumah mendapat pencahayaan yang baik. Jangan biar rumah yang ada baby gelap dan tidak masuk cahaya matahari.
2. Buka tingkap pada waktu siang untuk aliran udara yang baik.
3. Bapa amalkan azan baby setiap hari untuk elak gangguan.
4. Baca ayat Qursi dan Fatihah, tiupkan pada ubun-ubun baby.
5. Kalau masuk rumah, bagi salam supaya makhluk halus tidak tumpang kita masuk rumah.
Blogger Comment
Facebook Comment