1. Aktiviti meningkatkan kesedaran sebutannya sendiri. Aktiviti ini penting supaya kanak-kanak sedar tentang sebutannya sendiri. Jika tidak dilakukan, kanak-kanak akan berasa sebutannya betul dan tidak perlu diperbetulkan lagi. Misalnya, rakam video yang memaparkan aksi anak sedang menyanyi atau bercakap. Kemudian, biarkan anak lihat dan dengar sendiri video tersebut.
2. Aktiviti menggalakkan pergerakan anggota artikulasi. Buat di hadapan cermin bersama anak. Buat aksi jelir lidah, gerak lidah ke kiri, ke kanan, muncungkan bibir, ketap bibir dan sebagainya. Latih anak meniru pergerakan mulut dengan cekap.
3. Pilih perkataan yang sama bunyi. Contohnya jika anda lihat anak pelat bunyi "b" di hadapan perkataan, maka senaraikan perkataan lain yang sama bunyi seperti "bola, botol, bunga, baju, buku, biru" dan sebagainya.
(Contoh aktiviti yang dinyatakan di atas tidak sesuai untuk semua jenis pelat. Ini hanyalah panduan umum sahaja. Setiap kanak-kanak tentulah memerlukan penilaian terperinci dari terapi pertuturan bertauliah. Aktiviti dan teknik terapi juga mestilah bersesuaian mengikut jenis masalah yang dihadapi setiap individu kanak-kanak.)
Layari laman web
Blogger Comment
Facebook Comment