Setiap kali selebriti mendirikan rumah tangga sudah pasti menjadi perhatian. Tambahan pula jika perkahwinan itu berlangsung dengan pasangan yang lebih berada dan berstatus. Riezman tidak terkecuali. Sudah pasti ada memberi komen positif mahupun negatif.
“ Memang ada yang memberikan persepsi yang tidak baik apabila mengetahui perkahwinan saya ini. Macam-macam tohmahan dan kecaman. Mula-mula saya baca juga tetapi sejak aura positif Dato’ Azie sudah masuk ke dalam diri ini, saya tidak hirau apa orang cakap.
Memang ada yang bercakap, ‘untunglah kahwin perempuan kaya’. Pernah saya komen orang saya sakit hati apabila orang cakap sekarang tidak lagi payah berlakon kerana dapat isteri kaya.
Sebenarnya saya tidak berlakon bukan sebab saya tidak laku. Saya masih ‘hot’ lagi. Saya tidak ambil tawaran berlakon kerana fikir saya tidak mendapat watak-watak yang bagus. Sudah 25 tahun saya berlakon. Saya mencari watak yang bagus sahaja. Apabila saya tidak dapat watak bagus, saya akan buat bisnes.
Saya fikir yang baik-baik sahaja. Terpulanglah pada orang hendak cakap apa sahaja. Bagi saya, seboleh-bolehnya saya tidak mahu minta tolong daripada Dato Azie. Saya ada bisnes sendiri. Saya sudah mulakan perniagaan dengan menjadi usahawan. Saya juga sudah sambung belajar dan mula menjadi coach mengajar orang berniaga.
Apa yang saya ambil daripada Dato’ Azie adalah ilmu yang dia curahkan bukannya duit dia. Saya tidak mahu ambil kesempatan,” ujar Riezman yang kini mengeluarkan produk pelbagai jenis sambal di bawah jenama R For Recipe. Produknya itu bakal dijual di pasar besar Giant pada penghujung bulan Februari 2017.
Akui Riezman tahun 2017 ini adalah permulaan baru dalam kehidupannya.
“ Harapan saya tahun 2017 ini adalah bersiap sedia dalam penghasilan produk. Pada masa yang sama saya bersiap sedia untuk tahun baru ini bersama isteri dan orang baru dalam hidup saya. Saya mahu lebih gembira dalam hidup ini. Saya juga berharap semua pergerakan kita lebih bagus.
Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Ditambah pula sekarang ini ada seorang isteri yang banyak memberi nasihat dan galakan untuk lebih berjaya dalam perniagaan dan dalam hidup.”
Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment