NIGERIA: Penduduk di sebuah kampung di
negara ini telah bertindak nekad membunuh seekor ular sawa besar
dipercayai 'kenyang' telah memakan seekor anak lembu milik mereka, lapor
portal Dailymail.
Namun, telahan mereka itu ternyata
meleset selepas ular sawa berberut besar itu telah dibelah perut tiada
bangkai lembu dijumpai sebaliknya terdapat berpuluh-puluh biji telur
belum matang dimana ia merupakan seekor ular sawa betina yang sedang
bunting.
Mereka yang terkejut pada awalnya
bagaimanapun telah mengeluarkan semua telur itu di mana ia dijadikan
makanan unik yang sukar dan jarang dijumpai
Rata-rata netizen menempelak sikap mereka ini, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab,
Ada juga yang bersyukur kerana ular
berkenaan tidak berjaya membiakkan telurnya, ini kerana ujar mereka dari
gambar ular berkenaan adalah mirip seperti anaconda yang merupakan
reptilia yang merbahaya di sana.
Blogger Comment
Facebook Comment