Memang tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Tapi bila dah jatuh cinta tu yang buruk pun nampak elok sahaja. Mula-mula berkahwin memang semuanya indah, dah dapat anak seorang mulalah masing-masing tunjuk perangai. Tapi itulah resam perkahwinan, nak tak nak terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Nak tahu tanda suami anda mithali ke tak? Jom check sama-sama:
1. Dia tak takut dengan kesusahan dan sentiasa bersedia menyelesaikan segala masalah yang anda bakal hadapi.
Suami yang terbaik, bukan sahaja pandai berkata-berkata tapi memang boleh diharap dan jadi tempat untuk anda mengadu domba.
2. Boleh sediakan makan malam sendiri.
Wanita moden hari ini anggap lelaki yang gagah dan boleh masak tu adalah suami yang ideal untuk mereka. Tak perlu masak yang susah-susah, masak nasi dengan telur goreng dan sayur pun dah cukup gembirakan isteri.
3. Dia akan sentiasa menyokong walaupun ketika anda buat salah.
Semua orang melakukan kesilapan, walaupun anda salah. Dalam mana-mana keadaan, suami harus menyokong anda dan bukannya menyalahkan.
4. Dia berikan perhatian dalam semua perkara.
Tak bermakna semua perkara dalam hidup anda suami perlu tahu. Tapi dia maklum dengan semua benda dalam kehidupan anda, dia tahu lagu kegemaran dan berapa sudu gula nak letak dalam kopi kegemaran anda. Itu dah cukup sweet kan?
5. Bukan sahaja pintar tapi bijak
Suami anda mungkin bukan seorang yang hebat kerjanya, tapi setiap kali anda bergaduh dengan ibu atau ibu mertua dia ada jalan penyelesaiannya...itu dah cukup buat anda rasa bertuah.
6. Dia tahu nak gembirakan anda.
Bila rasa tertekan, ada masalah dengan kawan-kawan, suami anda boleh ceriakan hari anda. Buat lawak jenaka atau keluar dating berdua tentu lebih menyenangkan.
7. Tahu nak berunding dan berkompromi.
Dialah penyelamat jika anda alami kemalangan kereta, atau bergaduh dengan jiran sebelah. Dialah tukang runding dan tukang bagi nasihat untuk anda lebih tenang.
8. Pandangan anda dia ambil berat
Menjadi suami isteri bukan sahaja perlu tinggal bersama, anda berdua juga perlu menjadi sahabat baik dan penasihat antara satu sama lain. Belajar bagaimana untuk membuat keputusan bersama-sama adalah elemen penting dalam perkahwinan yang bahagia.
9. Bantu buat kerja rumah
Pasangan yang hormat dan hargai anda biasanya akan tolong anda buat kerja rumah. Suami tahu anda juga penat bekerja jadi dia sentiasa bersedia untuk membantu apa yang perlu apabila disuruh.
10. Boleh jaga anak waktu anda tiada
Sesekali ada ketikanya anda perlukan ‘metime’. waktu inilah anda boleh harapkan suami untuk jaga anak-anak. suami yang hebat tak ada masalah untuk jaga anak bila diperlukan.
from info psikologi http://ift.tt/2lIUuFb via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment