loading...

Pilih Status Isteri, Tapi Dalam Diam Tambah Dosa Sendiri

“Saya redha takdir ini tapi saya tak boleh terima dia lagi. Saya tak ada hati dah. Saya takkan layan dia lagi. Biarlah saya terus saja begini,” luahan isteri yang sakit hati kerana diduakan si suami. Jawapan saya tika itu: “Pastikan redha secara berpahala, bukan menambah dosa.”

Diceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Neraka diperlihatkan kepadaku dan aku tidak pernah melihat satu pemandangan yang lebih menggerunkan dan mengerikan selain daripadanya ketika itu. Aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita.”

Para sahabat bertanya: “Apakah sebabnya wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Disebabkan kekufuran mereka.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah kerana mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka sentiasa membangkang suami dan tidak mahu berterima kasih atas pemberian. Walaupun seorang suami berbuat baik kepadanya seumur hidup, sekali sahaja dia melakukan kesalahan maka mereka berkata: “Aku tidak pernah menerima kebaikan daripadamu sedikit pun!” – hadis riwayat al-Bukhari.

Hadis Rasulullah s.a.w juga yang bermaksud: Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” – hadis riwayat ad-Dailami. Walau hadis ini dikira sebagai hadis yang daif berbanding hadis yang awal tadi namun masih boleh difahami sebagai wujud satu perkiraan atau pertimbangan dalam menentukan kedudukan seorang wanita khususnya yang berstatus isteri di sisi Allah Taala.

Hormat Suami

Tahun-tahun kebelakangan ini memang terlalu banyak kes kegagalan si suami berfungsi sebagai ketua keluarga gagal dalam membiayai keperluan isteri dan anak-anak, gagal membimbing dan mendidik mereka malah gagal melayan mereka dengan sewajarnya. Cuma isu kegagalan ini takkan jadi masalah selagi diyakini si suami kekal setia. Bila rahsia suami punya cinta baru terbongkar, mulalah isteri menyingsing lengan baju lagak pahlawan menerpa musuh hingga hilang hormat kepada suami.

Bagi seorang wanita, kewajipannya adalah taat kepada Allah dan Rasul, taatkan ibu dan bapa selagi tidak menyalahi syariat, taatkan suami juga selagi tidak menyalahi syariat dan paling penting, kekal hormatkan suami walau dalam apa keadaan sekali pun.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” - hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi. Ulama menjelaskan, antara mafhum hadis ini ialah isteri perlu hormatkan suami iaitu dengan cara kekalkan komunikasi yang baik, tidak meninggi suara malah kekal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini atau pun tidak akan memperlekehkan suami. Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormatkan suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormatkan suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan. Apa istimewanya kalau suami tak buat tanggungjawab pun nak hormat juga? Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai. Aaahh pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara? Kalau sengsara, keluar daripada perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar daripada perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami senyum manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?

Islam tidak menyuruh mendewakan suami tetapi perlu dihormati. Andai tidak mampu lagi untuk terus hormat, di sinilah ada jalan keluar yang Islam tentukan. Talak atau cerai bukan syariat saja-saja, bukan untuk diperbahaskan baik dan buruknya. Sebaliknya cerai ketetapan syariat adalah sebagai satu jalan menghindari dosa agar hidup yang sementara ini boleh diredhai dan diberkati Allah. Pilihan di tangan anda! Nak kekal rugi kerana tiada bahagia di dunia dan tiada juga bahagia di akhirat sana, atau sebaliknya?

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2k9ONuW via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close