Di Norfolk, Amerika Syarikat, sebuah keluarga sanggup menghabiskan £200 (RM1,115) bagi menyelamatkan ikan emas peliharaan mereka yang mempunyai tumor pada sirip.
Menurut laporal Mail Online, ikan emas yang dinamakan sebagai Bob berusia 20 tahun itu berjaya diselamatkan dalam satu pembedahan yang berlangsung selama 30 minit di Pusat Veterina Toll Barn di North Walshan, Norfolk.
Bob terus dirujuk kepada Dr Faye yang mempunyai pengalaman berkaitan pembedahan ikan emas selepas pemilik mendapati ketulan pada sirip ikan tersebut menyebabkan ikan berkenaan sukar berenang.
Bon dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama dan pemiliknya berkata, ikan berkenaan sembuh dengan cepat selepas pembedahan tersebut
“Pembedahan tersebut agak rumit kerana semuanya begitu kecil,” kata Dr Faye.
Tambah Dr Faye lagi, mereka pernah melakukan pembedahan pada ikan emas sebelum ini, namun Bob adalah ikan paling tua yang pernah dibedah.
“Pembedahan mengambil masa setengah jam dan Bob kembali kepada pemiliknya pada hari yang sama,” katanya.
from HANASUVA http://ift.tt/2lNIGOK via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment