loading...

Suka hati je kata Harimau/Singa Zoo Melaka kurus & dianiaya


KUALA LUMPUR - Susulan viral dakwaan sebuah laman Facebook yang mendakwa haiwan di Zoo Melaka kurus dan dianiaya, Ketua Pegawai Kesekutifnya, Raja Segran tampil nafi dan beri penjelasan. 

"Singa dan harimau kami sihat, cukup makan dan perkembangannya sentiasa dipantau setiap hari. Usia singa yang ada di zoo kami lebih 20 tahun sedangkan di habitat asal, hayatnya sekitar 11 hingga 14 tahun saja. 

"Ini membuktikan dua ekor singa yang ada di sini sihat di bawah jagaan kami dengan diet lima kilogram (kg) daging segar sehari mengikut program makanan yang kami aturkan," katanya kepada Harian Metro

Menurut Raja Segran, gambar yang viral di media sosial itu juga menunjukkan tingkah laku yang normal di mana singa kebiasaannya menghabiskan masa untuk tidur sehingga 20 jam sehari. 

"Haiwan itu juga adalah bersifat nokturnal, iaitu lebih aktif pada sebelah malam untuk mendapatkan makanan," katanya.

Bukan sahaja menjadi haiwan 'pameran', namun pihak Zoo Melaka juga melatih haiwan berkenaan untuk 'memburu' bagi mendapatkan makanan. 

"Pasukan kami yang komited mengatur program untuk haiwan itu dengan 'mempersembahkan' makanan dalam cara dan bentuk berbeza.

"Ini untuk jadikan suasana itu semulajadi kerana ia perlu cergas dan sentiasa teruja untuk dapatkan makanan," katanya.


Jelas Raja Segran, pihak Tourism Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) juga sudah melawat haiwan itu semalam dan berpuas hati dengan keadaan kedua-dua singa jantan serta enam ekor harimau (3 jantan dan 3 betina) di zoo. Malah dua pihak berkenaan turut berpuas hati dengan kebersihan kandang yang terjaga dan dipantau setiap hari secara visual.

Meskipun didakwa menganiaya haiwan-haiwan berkenaan, pihak Zoo Melaka menghargai keprihatinan orang ramai dan sentiasa terbuka serta telus untuk berkongsi maklumat, selain menjemput orang ramai datang untuk melihat sendiri keadaan haiwan berkenaan di Zoo Melaka bagi memahami rutin penjagaan haiwan itu. 
from The Reporter http://ift.tt/2kvjgY9 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close