loading...

10 Perangai Pelik Anak Kecil Yang Sebenarnya Buat Anda Bahagia Bergelar Papa & Mama


Bila anak-anak masih kecil terutama yang berusia 2 - 3 tahun dan berderet pula tu, memang terasa letih dan penat menguruskan mereka.

Apatah lagi kalau masing-masing ada macam-macam kerenah yang kadangkala menguji kesabaran papa dan mama.

Bayangkan kalau anak-anak 'bersatu' dan buat perangai pelik yang menjadikan rumah anda 24 jam bising dengan hilai tawa mereka, mainan bersepah dan macam-macam lagi perkara 'tak masuk akal' yang boleh buat anda bertukar jadi 'singa'.
Sebelum anda mengamuk dan marah-marah, bersyukurlah kerana sebenarnya itu tanda anda ada anak-anak yang ceria dan bahagia.

Anda perlu selalu ingat yang hidup seorang kanak-anak sentiasa hendak bermain dan belajar perkara baru. Jadi sebenarnya perangai pelik yang dibuat oleh kanak-kanak adalah perkara normal dalam proses tumbesaran mereka.
Cuba tengok senarai beberapa perangai pelik yang biasa dibuat oleh si kecil. Adakah anak anda juga buat?

1. Tiba-tiba berbogel sebab nak masuk bilik air
Mentang-mentang dia dah pandai buka baju dan seluar sendiri termasuk 'pampers', suka hati dia bogel sambil beritahu nak mandi. Alasan sebenar sebab nak main air.

2. Asyik nak tukar baju
Mama mesti nak naik 'angin' bila si kecil asyik nak tukar baju dan seluar. Baru pakaikan baju bersih, dia dah minta tukar baju lain.

3. Mengamuk dalam masa 2 saat
Tengah asyik bermain, tiba-tiba ada yang tak kena dan terus mengamuk, lepas tu tak sampai 5 saat dah 'ok' balik.


4. Melukis di mana-mana dia suka
Walaupun sudah dimarah dan dia sudah minta maaf serta berjanji tak buat lagi tapi anda masih akan terjumpa lukisan kecil di sudut-sudut rumah.

5. Tukar fikiran tentang sesuatu perkara tanpa amaran
Jangan ingat kalau hari ini si kecil gemar makanan yang anda masak, esok dia akan suka lagi. Mungkin esok hari dia mengamuk tak mahu makan.

6. Ingat semua perkara
Kalau ada sesuatu perkara yang dia sangat suka, si kecil akan ingat sampai bila-bila dan tak boleh 'move on'. Dia akan sebut perkara itu bila-bila masa sahaja.


7. Korek hidung
Sepanjang masa bila-bila masa dia suka.

8. Sangat 'drama queen'
Kadangkala mudah sangat sentap! Pantang tersilap sikit, cepat sahaja mengamuk walaupun anda cuma mematahkan sebiji pisang jadi separuh supaya dia senang makan!

9. Tertidur pada waktu yang tak kena
Bila suruh tidur, dia berkeras tak nak. Bila anda nak keluar rumah, elok masuk kereta si kecil pun terus tertidur. Sudahnya bila sampai ke destinasi, dia mengamuk sebab kena kejut.

10. Buat sepah
Ada sahaja idea dia untuk buat sepah di rumah walaupun tiada barang mainan depan mata. Memang kreatif sungguh!
Semua perangai pelik ini yang akan anda 'hadap' setiap masa tapi percayalah bila anak semakin besar, anda akan rindu perangai-perangai tersebut.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close