loading...

10 Sebab Anda Perlu Cepat Cari Jodoh! .. Num 4 Tu Dah Banyak Sangat Terjadi Zaman Skang .....



Ada yang cakap kahwin cepat tu bagus, ada pulak yang cakap kahwin lambat lagi bagus.
Mana satu nak ikut ni?? Tapi sebenarnya kahwin cepat lebih banyak kelebihannya.
Apa kelebihannya? Kami senaraikan kelebihan yang korang perlu tahu. Lepas ni cepat-cepatla cari jodoh!

1. Mengikut sunah Nabi Saw.(berkahwin pada usia 25 tahun & berkeluarga)

Nabi Muhammad Saw berkahwin pada usia 25 tahun bersama Siti Khadijah. Semoga kita mendapat keberkatan dengan mencontohi apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad.

2) Dapat menikmati hidup & memenuhi fitrah manusia

Antara tujuan berkahwin adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang berakal dan bernafsu. Mereka yang berkahwin awal akan dapat bermanja-manja, bermesra-mesra dan berkasih sayang sesama suami isteri.

3) Lebih cepat melahirkan zuriat penyambung keturunan

Untuk melahirkan zuriat yang sah, seseorang itu perlulah berkahwin. Jika berkahwin lewat, maka lewatlah untuk mendapat zuriat.

4) Elak dosa, zina, maksiat mata & lain-lain.

Mereka yang berkahwin lambat lebih terdedah kepada dosa zina terutamanya zina mata dan hati. Bagi yang berkahwin awal, nafsu dapat disalurkan ditempat yang paling betul!

5. Emosi lebih stabil

Bagi mereka yang berkahwin awal, emosi mungkin lebih stabil berbanding mereka yang belum berkahwin. Hal ini kerana mereka yang berkahwin lewat tidak mendapat belaian kasih sayang.

6. Pemikiran lebih matang

Berkahwin di usia muda, fikiran jadi lebih matang kerana rasa tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan pasangan serta anak-anak sentiasa mendapat keperluan yang sempurna.

7. Hidup lebih berwawasan & teratur

Berkahwin awal dapat membuatkan seseorang lebih berwawasan seperti ingin memajukan institusi kekeluargaan. Mereka akan menjadi lebih bijak dalam menyusun ekonomi keluarga.

8. Hubungan seks lebih berkualiti

Anda pasti tahu dan yakin tenaga di usia muda lebih kuat berbanding di usia yang lewat. Di usia mudalah ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

9. Titik perubahan dalam menambahbaik diri

Masa bujang dulu, mungkin ada sifat malas dalam segala hal, bangun lewat dan panas baran. Tapi, lepas berkahwin, sikap negatif itu dapat dikikis sedikit demi sedikit.

10. Dapat menjadi anak yang soleh

Mereka yang berkahwin awal biasanya akan menjadi lebih bersifat lembut hati. Mengapa jadi begitu? Bila dah kahwin dan ada anak, barulah tahu pengorbanan menjadi seorang ibu dan ayah.
Kredit: Mejatulis

from HANASUVA 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close