loading...

16 Tip Didik Anak Bawah Enam Tahun Solat

Ibadah solat yang menjadi rukun iman pertama ini sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Malahan betapa pentingnya ia apabila ia menjadi amalan pertama yang dihisab ketika di Padang Mahsyar kelak. Menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengerjakan solat dan menjadikan ibadah ini sebagai sebahagian daripada agenda harian. Semasa rebung masih lembut dan muda, lenturkanlah kepada bentuk yang diingini. Tidak perlu tunggu sampai si anak mencecah 10 tahun baru nak suruh solat! Jom ikuti 15 tip untuk menerapkan budaya cinta solat di dalam diri si manja.

1.Jika masih bayi, letakkannya berdekatan dengan anda ketika solat. Mungkin dia akan mengacau tetapi sekurang-kurangnya dia melihat ibu dan bapanya bersolat dan hal ini boleh menimbulkan minat awal dalam dirinya.

2.Cetuskan minat anak pada ibadat solat. Bentangkan sejadah, pakaikan dia telekung dan biar dia ‘solat’ dengan caranya. Biarkan dia mengikut walau pun tunggang langgang tidak mengikut urutan. Beritahu anak baik-baik yang solat itu wajib bagi orang Islam dan Allah menyuruh hambaNya mengerjakan solat lima waktu.

3.Baca bacaan solat dengan sedikit ‘kuat’ supaya anak dengar. Biarpun kebanyakan sekolah tadika berteraskan agama mengajar asas solat kepada si manja dan bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain, jangan lupa untuk periksa bacaan mereka. Jangan lepas tangan!

4.Tunjukkan langkah demi langkah berwuduk dan lafaz niat dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan supaya si kecil mudah faham dan tidak tertekan.

5.Beritahu anak bahawa Rasulullah menyuruh anak-anak berlatih solat daripada umur tujuh tahun dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas. Maka  mereka perlu berlatih sekarang supaya solat menjadi lebih sempurna.

6.Belikan sejadah, telekung atau kopiah, jubah atau baju Melayu yang disukainya sebagai motivasi dan galakan supaya bersolat.

7.Bila anak sudah mencecah usia lima hingga enam tahun, biarkannya membaca bacaan solat dengan kuat . Tegur dan betulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan solatnya. Ajar cara betul untuk duduk, qiam, takbir, rukuk, sujud dan lain-lain.

8.Jangan mengehadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa. Misalnya ketika sambil sikat rambutnya, ketika dalam perjalanan ke taska dan sebagainya.

9.Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu bahawa dengan kefasihannya itu Allah semakin sayang kepadanya.

10.Praktik solat berjemaah di rumah dan solat di awal waktu.

11.Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Anak-anak mungkin menunjukkan kenakalan dan kesilapan .

12.Berdoa kepada Allah agar jiwa anak diisi Islam, iman dan amal. Mama dan papa boleh amalkan doa Nabi Ibrahim (surah Ibrahim; ayat 40).

13.Atur jadual hariannya supaya seimbang dengan ada waktu untuk bermain dan solat. Bila masuk waktu terus solat. Paling seronok jika boleh solat bersama-sama.

14.Beritahu anak sifat Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Justeru, nasihatkannya agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat dan jangan sesekali meninggalkan solat kerana Allah Maha Melihat.

15.Selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, minta anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.

16.Apabila di luar, ajak mereka solat bersama anda supaya mereka tahu solat wajib dilakukan di mana sahaja. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana.




 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2n029ML via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close