loading...

5 Perkara Penting Sebelum Mohon Kerja Di Syarikat Korea

Ramai yang berkejar-kejar untuk bekerja dengan syarikat luar negara kerana pengalaman yang anda dapat lebih luas.

Tapi agak sukar untuk mendapat tempat kerana syarikat luar negara amat teliti dalam memilih pekerja.

Pasti anda ingat lagi dengan jejaka Kelantan yang fasih berbahasa Korea, Muhamad Khalid Ismail.

Menetap di Korea selama 7 tahun dan pernah bekerja di Syarikat Samsung di Korea Selatan, Khalid kongsikan perkara penting sebelum anda memohon kerja di syarikat antarabangsa.

1. Fahami budaya mereka & cuba sesuaikan diri

Sebelum bercakap tentang pengalaman dan kelebihan diri, anda harus tahu bagaimana budaya mereka dan cuba suaikan diri.

Nak menarik perhatian orang Korea ini mudah sahaja, anda harus tunduk hormat pada mereka dan selebihnya cuba bertindak secara professional.

2. Sentiasa mementingkan masa

Khalid turut sempat menceritakan tentang pembinaan Menara Berkembar Petronas di mana sebelah menara dibina oleh Jepun dan sebelah lagi dibina oleh Korea.

Korea siap sebulan awal daripada Jepun dan tidak hairan pada ketika ini banyak syarikat Korea memonopoli di negara kita. Mereka amat mementingkan masa dan jika mereka lambat ia menandakan rugi buat mereka.

3. Perlu tahan dengan tekanan

Persekitaran kerja orang Korea berbeza dengan orang tempatan kita kerana mereka lebih tekanan.

Anda harus memberi komitmen dan hasil sebaik mungkin kepada syarikat jika tidak mahu diri anda ditekan oleh orang atasan.

4. Bahasa & cuba kuasai bahasa Korea

Jika anda boleh bertutur bahasa Korea ia merupakan satu kelebihan dan majikan pasti akan tertarik untuk mengambil anda kerja.

Jika anda tidak fasih atau tidak tahu langsung tentang bahasa mereka, ia tetap bukan masalah utama. Asalkan anda tahu untuk bertutur bahasa Inggeris ia sudah memadai.

5. Pengalaman lebih penting sama penting dengan personaliti

Lebih lebih lagi untuk freshgrade, Korea sgt mengambil berat tentang penampilan and personaliti. Di Korea ramai yang orang buat plastic surgery dan suka edit gambar.

Namun tradisinya, Korea sangat mementingkan dari Universiti mana kita belajar dan biasanya graduan dari universiti ternama lebih mudah mendapat kerja di syarikat besar.

from HANASUVA http://ift.tt/2mHL2Q7 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close