loading...

5 Rahsia Suami Isteri Takkan Gaduh Lama-lama

Adat dalam rumah tangga, ada saja hal yang kita tak setuju dengan suami, suami pun ada perkara yang tak sebulu dengan isteri. Contoh mudah, ketika mahu hantar anak ke nurseri atau penjaga.

Mahu pillih cat rumah warna apa. Nak makan di kedai atau masak sendiri. Raya nanti nak balik rumah mak kita atau mak dia. Mesti ada punyakan yang ‘perang-perang' manja macam ini.

Tak salah kita pertahankan apa yang dirasa, tapi jangan sampai berlarutan merajuk atau marahnya sampai berminggu-minggu. Tak bagus untuk hubungan mesra suami isteri. Ini tip nak bagi gaduh tak lama-lama.

Sedar Diri

Baik suami mahupun isteri kena sedar siapa diri mereka. Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak bolehlah guna kuasa veto nak kontrol isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri pula kan dicipta dari tulang rusuk suami. Biar marah macam mana pun orang perempuan, tempat isteri tetap di sisi suami. Isteri kena sedar akan hal itu. Jadi bertenang dan cari tiitk keputusan yang terbaik buat anda berdua.

Jangan Lebih 3 Hari

Kalau tengah merajuk sekalipun dan tak mahu bertegur sapa dengan pasangan. Paling lama anda boleh menyatakan rasa rajuk itu cuma 3 hari. Lebih dari waktu itu, ia memang berada dalam tahap bahaya.

Buang Ego

Yang buatkan suami isteri ini bertegang urat dan tak nak kalah dengan pendapat masing-masing bila ego dah kuasai diri. Ego inilah yang paling bahaya sekali. Ego tu sifatnya tak mahu kalah. Cubalah kendurkan sedikit ego tu ya. Setiap konflik rumah tangga itu adalah untuk menguji keimanan suami mahupun isteri. Adakah anda dari kalangan orang yang bersyukur atau sebaliknya.

Fokus Kelebihan Suami/Isteri

Ketika marah atau tak puas hati dengan pasangan. Ambil masa 10 minit, duduk di tempat yang tenang dan fikirkan apakah kelebihan pasangan kita. Cari sisi baik dia yang buatkan kita boleh berlebih kurang dengan permintaannya yang susah ini. Bila dah tenang, dapatkan kembali pasangan. Bincang semula. Kalau dia belum terima, beritahu alasan anda. Beri dia masa untuk dia terima alasan anda itu. Jangan sesekali memaksa.

Serah Semula Kepada Allah

Hati manusia, Allah juga yang menggenggamnya. Sebab itulah, kalau susah sangat nak melenturkan hati seseorang, berdoalah padaNya. Mohon dilembutkan hati pasangan. Banyakkan membaca untuk memperoleh doa-doa yang baik demi kebahagiaa rumah tangga.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mYnitL via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close