loading...

6 Kes Rogol Dilaporkan Berlaku Di Malaysia Setiap Hari

Purata kira-kira 6 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini menunjukkan situasi itu berada pada tahap membimbangkan.

Menurut laporan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, separuh dari kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 15 tahun dengan separuh daripadanya melibatkan remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Manakala pasangan mereka kebanyakannya lebih berusia berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak bekerja.

Walaupun statistik setiap tahun menunjukkan penurunan, namun situasi tersebut amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, 80 peratus daripada kes rogol yang berlaku, mangsa mengaku mengenali si pelaku.

Perkenalan biasanya bermula di media sosial seperti Facebook, Wechat dan sebagainya. Dari situ mereka menjadi rapat sebelum merancang untuk bertemu. Bila sudah berjumpa, mulalah adegan ‘ringan-ringan’.

Laporan juga mendedahkan, kebanyakkan kes yang disiasat, mangsa mengetahui bahawa perbuatan mereka salah, namun dek kerana takut kehilangan kekasih mereka ‘merelakan’ perbuatan itu berlaku.

Pada 2013 statistik menunjukkan sebanyak 1,107 dari 2,124 kes membabitkan mangsa berumur bawah 15 tahun berbanding 1,243 pada 2014 dan 1,424 pada 2013.

Sumber: Sinar Harian

from HANASUVA http://ift.tt/2mfOG1N via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close