Baby Zara sesak nafas!
Ya Allah, janganlah sesiapa buat macam itu. Baby Zara lahir dengan sangat comel, sihat dan keluarga mereka sangat gembira dengan kehadiran anak ini.
Selang tiga hari selepas kelahirannya, ada seorang saudara rapat datang melawat si ibu dan bayi. Tiada masalah nak melawat, tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah apabila lelaki itu memeluk dan mencium baby Zara.
"Sudahlah dia tak minta izin saya, dia dukung anak saya. Saya dapat hidup bau asap rokok di bajunya.."
Allah, gelisah dan bertambah menggelabah Fara bila tiba-tiba perasan baby Zara demam panas, sesak nafas dan lemah. Baby Zara ditahan di wad pagi tadi. Doakan baby Zara dijauhkan dari sebarang kesakitan.
Bakal ibu dan ayah, tolong ambil tahu 10 perkara pelik yang orang suka lakukan ketika melawat baby baru lahir.
1. FIKIR KESELESAAN IBU
Ada sesetengah orang, bila dapat tahu saja ada saudara nak melahirkan anak, satu kapal turun ke hospital dan serbu si ibu. Sebab? Nak mearikan bayi yang baru lahir.
Tak salah sebenarnya. Yang menjadi salah itu bila melepak lama-lama di tepi katil dengan ibu yang baru melahirkan bayinya. Punyalah ibu dia baru nak belajar menyusukan anak, nak belajar dukung bayi, dengan tak selesa sebab baru bersalin. Itu belum lagi ditambah dengan 'ahli bijak pandai' yang beri bermacam-macam idea dan cadangan. Sabaq, sabaq.
2. CUCI TANGAN
Ini ramai yang tak buat. Dia nampak tangan 'macam' bersih, jadi disentuhnya baby macam itu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu, siap suap-suapkan guna jari pada baby. Bertahnik katanya.
Allah, banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan 'perangai' orang seperti ini.
3. DEMAM BATUK PUN SIBUK MELAWAT BABY
Buat ibu yang nampak orang 'berpenyakit' datang nak melawat baby, cepat-cepat masuk bilik. Bagi alasan nak susukan anak. Jangan bagi orang itu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah.
4. MELAWAT IKUT SUKA MASA
Ada yang melawat baby di waktu maghrib. Ada juga yang jenis tak tahu nak balik cepat dan siap melepak sampai makan malam pun di rumah itu.
Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya telefon dulu tuan rumah sebelum datang melawat dan selepas melawat itu, seeloknya balik sebab ibu yang tengah berpantang ini tak boleh duduk lama-lama. Dia perlu baring untuk menyembuhkan luka bersalin.
5. DIA RAKAM GAMBAR DEN UPLOAD PULAK!
Ini memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Sudahlah gambar anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan dengan flash pula. Kemudian siap muat naik di Facebook dengan kapsyen,
"Teringinlah nak kahwin dan ada anak"
Kasihanilah ibu berpantang ini. Jangan bebankan mereka dengan perangai-perangai pelik.
6. BERSIHKAN DIRI
Elak dekatkan diri dengan bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang dari kerja, dibasahi peluh dan asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa.
7. PERFUME
Punyalah semangat nak jumpa baby, siapa ada yang pakai perfume satu botol. Habis wangi satu rumah.
Elakkan, ia bukan sahaja membuat orang sekeliling rasa tidak selesa, malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus untuk bayi sekiranya terkena pada kulit bayi.
8. ORDER MAKANAN
Jangan sesekali minta minuman, apatah lagi order makanan. Selalunya rumah orang berpantang ini sibuk dengan nak siapkan segala rawatan dan makanan untuk ibu berpantang. Jadi usah bebankan isi rumah dengan perangai anda.
9. TENUNG IBU SEDANG MENYUSU
Hasih! Ini memang pelik. Ibu nak menyusukan anak pun kena minta kebenaran. Sepatutnya orang yang melawat itu yang kena minta kebenaran untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusukan baby dia.
Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusukan anaknya. Siap tanya lagi, susu banyak ke tak?
10. PAKAR PERBIDANAN
MAsa berpantang ini, macam-macam dugaanlah yang akan menyerang. Orang-orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat macam-macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ini. Biarkan dia berehat.
Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress. Kawal emosi. Share info ini jika anda sayang dan ingin wanita-wanita lain turut berjaga-jaga.
Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.
from The Reporter http://ift.tt/2nd7Ytc via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment