KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dengan mudah menewaskan pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.
Chong Wei membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila tidak berdepan masalah membenam pemain berusia 21 tahun itu secara straight set dalam tempoh 45 minit.
Keputusan ini sekali gus menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit apabila meraih mahkota berprestij itu buat kali keempat selepas kali terakhir pada 2014.
Kemenangan di Birmingham itu juga membolehkan Chong Wei melebarkan penguasaan ke atas Yuqi kepada tiga kemenangan selepas mengecewakan pemain terbabit pada Terbuka Kanada 2015 dan Terbuka Jepun 2016.
Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
Sementara itu, impian pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying untuk menjulang gelaran sulung Seluruh England tidak kesampaian apabila tewas ditangan pasangan beregu China.
Sumber: Berita Harian
from HANASUVA http://ift.tt/2nsYbfd via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment