loading...

Datuk Seri Vida Bayar Semua Cukai Berjumlah RM4.2 juta

IPOH – Mahkamah Sesyen Ipoh membenarkan permohonan untuk menarik balik 16 pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu selepas pengasas Vida Beauty yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida membayar semua cukai sejumlah RM4,246,029.10 pagi tadi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan pembayaran semua cukai itu sudah diterima JKDM hari ini.

Hasmiza diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abbas.

Dia sebelum ini menghadapi 16 tuduhan gagal membayar GST dari 1 April 2015 hingga 31 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014.

Mahkamah hari ini turut mengarahkan supaya pasport antarabangsa Hasmiza yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini dikembalikan.

from HANASUVA http://ift.tt/2n8BehO via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close