loading...

Demi Salman Khan, Peminat Sanggup Berhabis RM2,222

Sanggup tak anda berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk menyaksikan konsert selama 2 jam setengah?
Jangan terkejut, tiket untuk menyaksikan Konsert Da Bang The Tour 2017-Salman Khan bernilai RM2,222 laris macam pisang goreng panas.
Menurut pihak penganjur, dengan harga tersebut peminat berpeluang beramah mesra dengan Salman Khan dan semua bintang yang terlibat.

Tambah penganjur lagi, harga tiket tersebut sudah diturunkan daripada RM5,000 kepada RM2,222.
Lebih mengejutkan tiket bagi zone tersebut antara yang paling laku setakat ini. Rata-rata pembeli bukan saja dari Malaysia malah Indonesia dan Singapura.


Konsert Da Bangg The Tour yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines (MICC), Sri Kembangan pada 14 April depan bakal menampilkan 40 persembahan sambil diiringi dengan 100 penari latar.
Selain Salman Khan, konsert tersebut juga akan menampilkan artis seksi, Bipasha Basu, Michael Jackson India ‘Prabhu Deva, serta Manish Paul.

from HANASUVA
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close