loading...

Doktor Jelaskan Perlu Atau Tidak Makan Ubat Kalau Si Kecil Demam, Batuk & Selesema

Penyakit tiga serangkai iaitu demam, batuk dan selesema memang penyakit normal yang kerap dijangkiti oleh bayi dan kanak-kanak.

Biasanya si kecil akan merengek dan meragam tanda tidak selesa bila diserang virus tersebut. Hidung tersumbat, sakit tekak dan badan panas membuatkan anak enggan minum susu dan menjamah makanan. Biasanya anak hanya mahu 'melekat' dengan ibu sahaja.

Kalau masih bayi lagi, ibu pun keliru apa ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit batuk dan selesema ini. Doktor kata ubat batuk tak boleh diberi kepada anak bawah usia dua tahun, jadi bagaimana proses penyembuhan boleh berlaku?

Penerangan yang jelas oleh Dr Nurul Yusof tentang serangan virus demam, batuk & selesama memang sangat berguna kepada semua ibu bapa. Semoga selepas ini, ibu bapa lebih tahu mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit ini.

DEMAM, BATUK & SELSEMA, perlukah ubat?

Kebanyakan demam batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Jangkitan virus yang menyebabkan demam batuk dan selsema adalah kebanyakan masa boleh baik sendiri tanpa bantuan ubat (self-limiting). Badan akan mengambil masa beberapa hari untuk membina ketahanan diri dan melawan virus bagi sembuh. Dalam masa ini, jika tiada ubat diambil, kita masih akan sembuh dalam 3-5hari. Kebanyakan masa orang yang dijangkiti samada tiada demam atau ada demam pada tahap yang rendah.

Banyak orang akan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun begitu, kebanyakan doktor akan hanya memberi ubat demam, batuk dan selsema tanpa memberi antibiotik. Ini kerana antibiotik tidak boleh merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus. Selalunya antibiotik diberi kepada pesakit yang sangat berkemungkinan mempunyai jangkitan yang disebabkan oleh bakteria melalui hasil pemeriksaan doktor. Namun begitu, jika pesakit yang tidak menghabiskan antibiotik yang diberi, kuman boleh menjadi resistant terhadap antibiotik. Kuman ini boleh disebarkan kepada orang lain, dan mengakibatkan orang lain dijangkiti oleh kuman yang resistant terhadap antibiotik tersebut.

Berbeza dengan orang dewasa atau kanak2 yang sudah besar, doktor biasanya tidak memberi ubat selsema dan batuk kepada bayi yang kurang daripada 1 tahun. Ini kerana ubat ini tidak sesuai untuk mereka. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, batuk dan selsema disebabkan oleh virus ini boleh baik dengan sendiri kerana badan akan membina antibody bagi melawan virus tersebut. Ibu bapa hanya perlu pastikan hidung bayi tersebut tidak tersumbat bagi mengelakkan gangguan pernafasan kepada bayi. Bayi yang sukar untuk bernafas biasanya akan selalu merengek kerana sukar untuk tidur dan makan. Selain daripada itu, jika mereka ada bunyi seperti kahak yang terlalu banyak, tepuklah belakang dada mereka dengan perlahan (chest physio) bagi melembutkan kahak tersebut dan memudahkan mereka samada untuk menelan atau memuntahkan kahak tersebut (sudah tentu bayi tidak pandai membuang kahak dengan sendiri seperti orang dewasa).

Kaedah yang sama boleh diguna pakai untuk kanak2 yang masih kecil. Ini penting bagi mengelakkan mereka mempunyai kahak yang terlampau banyak sehingga mereka sesak nafas dan mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan jangkitan paru-paru. Selalunya doktor akan memberi ubat batuk jenis (expectorant) kepada kanak2 kecil untuk membolehkan mereka terus batuk dan mengeluarkan kahak. Ubat batuk ini tidak perlu dimakan sekiranya kahak mereka tiada atau sudah sangat cair dan berwarna putih. Jika berterusan diberi ubat batuk jenis expectorant ini, kanak2 tersebut akan terus batuk kerana ubat ini boleh merangsang mereka untuk batuk. Ubat untuk berhentikan batuk adalah dari jenis antitussive. Namun begitu ubat ini biasanya tidak diberi kepada kanak2 kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak begitu pandai untuk membuang kahak tersebut dengan sendiri.

Jadi, kesimpulannya;

- jangan minta antibiotik kepada doktor. Jika doktor tidak beri, ada kemungkinan anda sebenarnya tidak memerlukan antibiotik

- bayi berumur 1 tahun ke bawah, pastikan hidung mereka tidak tersumbat

- its ok kalau bayi atau kanak2 memuntahkan kahak mereka sebab mereka tidak pandai mengeluarkannya sendiri

- jika doktor beri antibiotik, sila makan mengikut masa yang ditetapkan sehingga habis

- jangan berharap anak anda akan berhenti batuk sekiranya anda berterusan memberi mereka ubat batuk jenis expectorant (tanya doktor anda ubat itu jenis apa)

- berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai demam yang tinggi (lebih daripada 38.5'c) secara berterusan selain daripada batuk dan selsema

Sila beritahu kepada semua ibubapa di luar sana!

Sumber: Facebook Dr Nurul Yusof

 

 

 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2omLXFs via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close