loading...

Hamil Lagi Dan Lagi! Suami Pertimbangkan Dulu Sebab-Sebab Ini Jika Sayang Isteri

Hamil Lagi Dan Lagi! Suami Pertimbangkan Dulu Sebab-Sebab Ini Jika Sayang Isteri
Tidak salah untuk hamil lagi tetapi pertimbangkan dahulu beberapa perkara.  Wanita yang kerap hamil dengan jarak yang terlalu dekat berisiko tinggi untuk menghadapi masalah-masalah seperti kelahiran pra-matang, bayi terlalu kecil ataupun bayi meninggal ketika dilahirkan.   Jarak kehamilan yang terlalu dekat menyebabkan ibu kurang mempunyai waktu mencukupi untuk memulihkan keadaan rahimnya. Justeru, amat penting untuk ibu merancang kehamilan berikutnya.  Sebaik-baiknya setelah keadaan rahim dan kesihatan kembali pulih sepenuhnya.  Merancang kehamilan amat penting kerana beberapa sebab iaitu:

Psikologi
Ibu mungkin tidak bersedia untuk mengandung lagi dalam tempoh terdekat.  Hal ini menjadi faktor penyumbang kepada perasaan panik, bimbang dan menyalahkan diri sendiri.  Akibatnya, ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menggugurkan anak disebabkan faktor seperti ini.

Anemia
Proses melahirkan mengakibatkan kehilangan banyak darah.  Bagi kelahiran secara normal tanpa sebarang komplikasi sudah pun menyebabkan kehilangan darah antara 200 hingga 400 ml.  Ditambah pula darah nifas yang keluar selepas proses kelahiran.  Jadi, waktu berpantang antara 44 dan 100 hari yang biasa diamalkan kebanyakan ibu perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengembalikan paras hemoglobin darah seperti biasa.  

Prolaps Uterus
Istilah yang biasa digunakan adalah rahim jatuh.  Keadaan ini boleh mengganggu organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan faraj.  Biasanya, rahim jatuh ini dikaitkan dengan bilangan kelahiran.  Semakin banyak bilangan kelahiran, semakin tinggi risiko seorang ibu untuk menghadapi keadaan ini.  

Menjejaskan Tulang
Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses tumbesarannya.  Kalsium untuk bayi ini didapati daripada ibu dan kuantiti yang diambil oleh seorang ibu perlu dikongsi bersama.  Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding biasa.  Begitu juga selepas melahirkan memerlukan kalsium yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.  

Ketidakseimbangan Hormon
Jarak kehamilan yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.  Ketidakseimbangan hormon pada ibu secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.  Estrogen penting untuk penyerapan kalsium.  Gangguan pada hormon ini akan mengganggu struktur tulang.




 

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2m8b5z4 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close