Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini menerima arahan terbaharu daripada Kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia untuk terbang ke Pyongyang, Korea Utara bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.
Arahan berkenaan telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan disusuli surat daripada Kementerian Belia
Dalam surat tersebut turut menyatakan Kerajaan Malaysia telah bersetuju supaya skuad Harimau Malaysia tidak mengambil bahagian untuk perlawanan di Pyongyang itu atas dasar dan pertimbangan faktor-faktor keselamatan.
Keputusan Kerajaan Malaysia itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan baru-baru ini.
Sebelum ini, Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Aman yang menyatakan bahawa venue perlawanan sulung Kumpulan B di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang itu dijamin selamat tetapi sebarang perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa.
Namun keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengusir keluar Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Sabtu lalu dilihat telah menjadikan situasi semasa tidak selamat untuk warga Malaysia berkunjung ke Korea Utara buat masa ini.
Berdasarkan arahan terbaharu Kerajaan Malaysia itu menerusi surat yang diterima hari ini, Persatuan telah pun menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya venue perlawanan tersebut ditukar dari Pyongyang ke tempat lain iaitu gelanggang berkecuali atas dasar keselamatan.
Diharap, pihak AFC dapat memberi pertimbangan dan membuat keputusan segera bagi memudahkan persiapan perjalanan skuad Harimau Malaysia yang akan memulakan latihan pusat pada 13 Mac ini.
Kredit: Facebook FAM
from HANASUVA http://ift.tt/2mLTWyO via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment