loading...

'Ini pengalaman aku bagaimana sakitnya bila organ-organ ini diketuk pintu neraka'



Puan Zatika Izwani Puade, penghidap kanser payudara yang kini telah merebak ke bahagian hati dan leher. 

Tujuan beliau berkongsi pengalaman di bawah kerana mengambil berat akan rakannya yang sedang koma akibat mengambil produk kesihatan menyebabkan hatinya rosak teruk. 

Difahamkan, rakannya mungkin sudah ada pre existing disease tetapi produk tersebut telah mempercepatkan proses kerosakan hati. 


Nowadays, bila buka Facebook, selang dua tiga posts, bertujai-tujai iklan slimming membesarkan, menggetatkan aset, memutihkan kulit. Satu advert, puluhan ribu likes dan message 'PM'. 

Tutup Facebook, buka televisyen. Wah, dua tiga jam air time cerita tentang produk kecantikan, minuman kesihatan, makanan kuat lahir batin. 

Masa duduk di hospital, sedia untuk kemo, ada pula manusia yang tanya, "Tak ikhtiar ke?". Habis tu, yang aku masuk hospital selang tiga minggu, kos RM13,000 sekali kemo, ditambah dengan doa dan tawakkal, bukan ikhtiar namanya? 

Some might say that I'm not in the position to preach about healthy lifestyle since I am the one with cancer and my cancer had spread. Well, I've been forewarned by my surgeon and onco since the beginning about my high grade, aggressive tumor. So, when things happened, I can just say to bring it on! 

Anway, since produk-produk ini meningkatkan risiko kegagalan hati dan buah pinggang, skin thinning, cancer dan sebagainya, mari sini aku ceritakan pengalaman bagaimana sakitnya bila organ-organ ini diketuk pintu nerakanya. 

By the way, ini opinion pesakit, bukan doktor.

KULIT 

Pada peringkat awal pemakaian produk, akan keluarlah segala jerawat, jerawat pasir dan sebagainya. Itu bukan healing crisis atau keluar kotoran, sebaliknya kesan daripada steroid dexamethasone yang diletak dalam produk-produk ini. 

Aku pun baru tahu sebab onco concern tengok muka aku yang flawless tiba-tiba naik jerawat pasir dan segera menghentikan premed tersebut. Kesan-kesan lain? Sila Google. 

So, if you are unlucky, you might get skin cancer sebab kulit pun dah nipis mengening kesan dari hydroquinone, then terdedah. 

Nak tahu seksanya skin cancer? Salah satunya peripheral neuropathy di mana limbs kau akan terasa bagai dihiris-hiris dengan blade Gillete Nacet. Rasa panas, kebas, sakit. Kalau tak teruk, doktor beri pil vitamin. Kalau yang dahsyat, kau kena ambil pil anti seizure dan painkiller. 

Radiotherapy pada kulit? Terbakar sampai kulit kau pun entah ada lagi ke tak. Jadilah seperti ikan cencaru berbulan sampai pulih. 

If you're 'lucky'? Pengambilan steriod untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kegemukan or tuncal obesity. Macam batang pokok, bukan pokok getah tetapi batang balik. Sudahlah berjerawat, gemuk pula. Masa inilah akan mencari slimming produk. 

LIVER

Rasanya semua dah tahu how these products damage your kidney and liver in long term. Or if you already have liver/kidney disease, consuming these products will speed up the process. 

Since kidney aku masih handsome, cerita pasal liver sajalah sebab aku ada pengalaman sakit hati. 

Bila kapsule di liver dah menggeregel, rasanya macam ditikam dengan pisau yang tajam. Menusuk, kemudian ditarik keluar. Ditusuk lagi, ditarik keluar dan kesakitan ini akan berulang-ulang untuk tempoh yang lama. 

Masa ini tiada apa yang boleh tolong untuk meredakan kesakitan itu. Kecuali menahan dan painkiller. Painkiller pun start kick selepas 20-30 minit. Jadi buat sementara waktu, it is between you, God and the pain itself.

Bila liver mengeras, nak makan pun tak boleh, perut membusung bulat, keras, rasa nak muntah, gastrik, muntah sampai keluar jus hempedu. Selepas itu melepek penat, lelah. Aku tak nak cerita tentang jaundice lagi, belum turn aku lagi. 

Cerita ini bukan tipu, bukan exaggeration, bukan juga nak meminta simpati. Siapa yang tulis, 

"Redho la dengan sakit atau sakit itu kifarah" 

Memang minta penampak mak kau hijau. Kalau tak redha, dah lama terjun bangunan la wei. 

Please be aware or whatever you consume or put on your body. Jangan tengok testimoni recik hawa terus nak PM. 

Untuk seller, please educate yourself berfore venturing into these businesses. Ambil tahu apa isi kandungan produk, terangkan risiko pengambilan. Bukan jual testimoni yang hebat bak ang. Selling easy advice, jangan jadi pembunuh. Rezeki ada di mana-mana, biarlah berkat. 

Bak kata Sultan Uganda, biar kita menangis sebab hitam dan gemuk, jangan anak-anak menangis. - Puan Zatika Izwani Puade

Menurut puan Zatika, produk-produk berkenaan telah banyak kali disebut dalam page-page Facebook medikal seperti Pseadoscience Watch, The Dressar & Co dan Root of Science. 

Berbaloi ke memiliki kecantikan sementara yang kemudian menanggung sakit yang berpanjangan, yang mungkin boleh membawa maut?
from The Reporter http://ift.tt/2mRM76G via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close