Sebuah rumah akan jadi syurga, apabila ada mak-mak yang tak reti duduk diam; mengemas, membersih, memasak dan memastikan keperluan anak dan suami terjaga.
Tapi kalau anak-anak masih kecil gemar menyepahkan barang, menconteng dinding, menyusun kerusi meja, mak pun akan keletihan layan gelagat mereka.
Bila masanya, nak pastikan rumah jadi teratur? Bila waktunya nak bagi anak ikut kata? Silap percaturan, mak-mak yang jadi singa, rumah pula macam tongkang pecah. Ini panduan mudah, cara mak buat dua kerja dalam satu masa di hujung minggu.
Curi Kesempatan ‘Time’ Anak Tidur
Mak-mak jarang tidur waktu siang berbanding anak-anak. Maklum sahaja banyak lagi kerja rumah nak disiapkan. Jadi, masa anak kecil tidur inilah mak-mak gunakan sebaik mungkin kerja rumah. Sekali sekala tu jenguk-jenguk anak yang tengah tidur untuk pastikan keadaannya.
Bersih Secepat Mungkin
Cuba mak-mak bersihkan secepat mungkin. Contohnya, sambil memasak, bersihkan pinggan mangkuk yang ada dalam sinki atau pakaian dalam mesin basuh. Atau selepas bangun pagi, cuba kemaskan meja makan.
Siapkan Kerja Rumah Berperingkat
Jangan paksa diri buat kerja rumah sekali gus. Ambillah masa selama 10-15 minit untuk anda berehat sekejap sebelum meneruskan kerja rumah yang lain. Mak-mak juga boleh bermain dengan anak seketika atau rehatkan diri sambil tengok-tengok telefon bimbit.
Biasakan Buat Jadual Kerja
Agak leceh bila fikir nak buat kerja rumah ikut jadual. Tapi sebenarnya, jadual kerja jadi lebih lancar dan efisien. Malah, mak-mak boleh buat kerja lebih teratur.
Tukar Aktiviti
Kadang-kadang buat kerja yang sama boleh buat mak-mak bosan. Membersih, mencuci, mengemas dan macam-macam lagi rutin yang biasa dibuat. Jadi, apa salahnya, mak-mak masukkan dalam jadual dengan aktiviti lain yang boleh hiburkan hati mak-mak.
Perlu Ingat!
Mak-mak jangan paksa diri untuk terus buat kerja rumah, sekali skala diri mak-mak pun perlu ada ‘me time’.
from info psikologi http://ift.tt/2m2mxQL via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment