loading...

Jangan Biar Virus Orang Ketiga Terus Merebak Dalam Hubungan, Cuba 'Nyahkan' Dengan Cara Halus Ini!

Biar pun diketahui bahawa menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang atau dalam erti kata lain menjadi virus dalam sebuah rumah tangga adalah berdosa. Namun, pendosanya tetap tegar melakukan kesalahan yang sama. Malahan, perkara ini dianggap normal dan satu hobi untuk mencabar diri kerana kemampuan mengganggu rumah tangga orang tanpa dihidu sesiapa.

Barangkali hari ini anda gembira melihat keruntuhan rumah tangga yang dibina atas hasutan jahat anda. Siapa sangka, esok atau lusa anda pula yang menerima nasib yang sama. Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, doa orang teraniaya kebiasaannya akan dimakbulkan Tuhan dalam sekelip mata.

Menurut Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Timbalan Dekan HEP, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, antara punca wujud orang ketiga mestilah bermula daripada situasi dua pihak, satu pihak yang mencari dan satu lagi, yang menawarkan diri.

“Bila kita rasa kekosongan dan tidak menemui apa yang kita harapkan pada pasangan kita, kita akan mula tercari-cari orang ketiga yang boleh mengisi kekosongan tersebut. Sebagai orang ketiga pula, kadang kala secara sengaja atau kebetulan, kita menawarkan atau pun memberi sesuatu yang selama ini dicari-cari oleh mereka yang merasai kekosongan tadi.

“Situasi ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita secara mudah diterima sebagai pelengkap hidupnya. Maka bermulalah situasi 'virus orang ketiga'. Oleh sebab itu, Islam melarang kita mengganggu atau menawarkan diri kepada pasangan dan tunangan orang lain.

“Ini tidak terjadi, jika satu pihak tidak mencari-cari atau satu pihak tidak menawarkan diri. Sebagai contohnya, sekian lama isteri mengharapkan suaminya berubah agar bersikap lemah lembut dengannya, tiba-tiba dirinya ditemukan dengan seorang lelaki yang lemah lembut dan mengambil berat terhadapnya. Jadilah inilah pencetus untuk memiliki hubungan dengan orang ketiga,” jelas Prof Madya Dr Mohd Nor lagi.

Cara Nyahkan Orang Ketiga

Tambah Prof Madya Dr Mohd Nor, terdapat beberapa langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan wujudnya orang ketiga dalam sesebuah perhubungan.

1. Kena Selalu Pujuk Diri Untuk Bersyukur Dengan Kelebihan Pasangan

Realitinya, walaupun kita bertemu seseorang yang ada kelebihan yang selama ini didambakan serta kelebihan itu tiada pada pasangan kita, belum tentu ia mempunyai kelebihan dan kebaikan seperti yang ada pada pasangan kita.

Malah, kekurangan pasangan kita hanyalah kecil jika mahu dibandingkan dengan kelebihan serta kebaikannya.

2. Fahamai Fitrah Keinginan Pasangan & Cuba Penuhinya

Sebagai contoh, suami kita akan bahagia jika ada wanita yang menghormatinya, jadi sedaya mungkin anda jadilah wanita seperti itu. Begitu juga sebaliknya, isteri kita fitrahnya bahagia jika ada lelaki yang mengambil berat dan romantik dengannya, biarlah kita yang menjadi lelaki dambaannya itu.

Walaupun ada kelemahan, sebagai pasangan suami-isteri sebaiknya kita cuba memperbaiki diri dan menambah baik. Sekali pun, jangan mudah mencari jalan singkat untuk dapatkan apa yang dikehendaki kerana sememangnya tiada manusia yang sempurna.

Secara tidak langsung, apabila wujudnya orang ketiga, ini boleh mengganggu hubungan yang sedia ada. Malah, virus orang ketiga juga boleh menambah burukkan lagi keretakan hubungan yang sedia ada. Kadang kala, orang ketiga ini hanya diperlukan untuk sementara waktu, tetapi percayalah kesannya tidak mudah dihilangkan.

Perasaan curiga akan mula timbul, suami akan rasa tidak dipercayai dan isteri mulai rasa tidak disayangi. Masing-masing rasa dikhianati apabila pasangan terlibat atau menjalinkan hubungan dengan orang ketiga.

Percayalah, luka di hati tidak mudah untuk disembuhkan dalam masa yang cepat. Malah lebih memburukkan keadaan, jika masing-masing mula merancang tindakan balas atas pengkhianatan pasangan dengan membabitkan orang ketiga.


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nMEiDv via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close