loading...

Jenis Makanan Ini Bantu Anak Tak Meragam Ketika Berjalan Jauh

Punca terbesar anak meragam sebab dia lapar. Nak redakan ragam anak, eloklah mak bawa bekal, buah-buahan, biskut, kerepek atau roti. Itu makanan yang paling mudah disediakan.

Ini panduan mudah macam mana jenis makanan boleh pengaruhi mood anak yang dibawa bercuti:

  1. Bagi si kecil yang berusia SATU HINGGA DUA TAHUN,  bawalah bekalan snek yang cukup selain susu formula dan bijirin kerana mereka memerlukan makanan lebih kerap. Antara makanan yang sesuai untuk mereka ialah sandwic, biskut, kek, mufin dan buah-buahan seperti pisang, oren, jambu dan kismis kerana kaya dengan vitamin dan serat.
  2. Bagi yang mempunyai anak yang lebih besar, bekalan PELBAGAI JENIS MAKANAN akan membuatkan perut mereka sentiasa terisi sepanjang perjalanan dan tidak akan terasa jauhnya tempat dituju. Letakkan di tempat yang mudah diambil supaya anda dan anak-anak boleh mencapainya ketika lapar.
  3. Jika anda membawa SNEK BUATAN SENDIRI, pastikan ia diletakkan di dalam bungkusan atau bekas yang boleh ditutup semula untuk kemudahan.
  4. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda dan bawa bersama buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai KUDAPAN.
  5. Bawa sekali bekalan AIR MINUMAN YANG MENCUKUPI. Elakkan minuman manis atau minuman berkarbonat ketika berhenti di kawsan rehat. Sebaliknya pilihlah minuman berkhasiat yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Air kosong adalah pilihan yang terbaik.
  6. Selain makanan berkhasiat, jangan lupa juga untuk membawa BEKALAN UABTAN supaya anak anda boleh dirawat dengan kadar segera jika mereka jatuh sakit.
  7. Bagi yang akan menaiki kapal terbang jika risau anak akan sakit telinga dalam penerbangan terutama semasa berlepas dan mendarat, berikan mereka minuman atau snek. Untuk bayi pula berikan mereka SUSU kerana dengan menelan, tekanan ketika berlepas dan mendarat akan berkurangan.

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2m8wrA5 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close