loading...

Jika Anak Mula Menggigit Dan Mengamuk. Ketahui Caranya!

Nama pun kanak-kanak, pastinya ada waktu mereka berkelakuan buruk, tidak berdisiplin, meragam, memukul, marah dan sebagainya. Dalam menghadapi situasi ini, anda harus membantunya supaya perilaku itu tidak menjadi kebiasaan kelak. Ada dua situasi yang biasa anda alami. Jom kita lihat!  

Fasa perkembangan ini adalah tempoh anak kanak-kanak meneroka persekitarannya dan melakukan peniruan. Dalam tempoh ini juga, anak mulai menunjukkan perilaku buruknya. Kadang kala sikap ini membuatkan anda hilang sabar. Lebih-lebih lagi usia antara satu hingga tiga tahun. Ikuti dua situasi dan cara mudah untuk mengendalikan anak-anak kecil ini.

Situasi 1: Ketika sedang bermain, tiba-tiba si kecil menggigit tangan anda. Apa yang harus dilakukan?

Jangan lakukan:
Jangan menggigitnya kembali. Ada segelintir ibu bapa berasa, cara ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya tidak menggigit lagi di lain waktu. Biarlah anak bersikap begitu. Ini kerana anak kecil dalam usia ini masih tidak memahami bahawa gigitan mereka menimbulkan rasa sakit atau sebaliknya.

Tindakan:
1.Beritahu anak kecil anda dengan lembut dan katakan, "Sayang, jangan gigit ya. Kalau sayang gigit mama, mama rasa sakit."
2.Lakukan perilaku alternatif seperti memeluk erat tubuhnya semasa dia berperangai buruk.
3.Berikan sesuatu yang lembut untuk digigit bila bayi sedang dalam tempoh  tumbuh gigi.

Info:
Keletah, pukulan, tendangan, tangisan dan gigitan bayi merupakan ekspresi daripada si kecil dan menunjukkan dia memerlukan sesuatu. Anda perlu hadkan perilaku yang membahayakan dan menyakiti orang lain, tetapi bukan dengan cara yang menakutkan atau membahayakan bayi. Tujuannya adalah membantu si kecil  untuk menunjukkan perasaan mereka tanpa menyakiti diri sendiri dan orang lain.

Situasi 2: Mengamuk seperti menendang dan menjerit, seterusnya anak kecil ini yang sedang marah ini melemparkan mainan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu membelikan permainan yang diinginkannya.

Jangan lakukan:
1.Jangan cuba memberi alasan atau penjelasan panjang lebar kepada anak. Anak yang sedang mengamuk tidak akan mendengar apa yang anda katakan.
2.Kawal perasaan marah anda, kerana situasi ini akan membuat anak takut dan memberikan contoh yang tidak bagus.
3.Jangan menuruti kemahuannya kerana ia membiasakan anak untuk bersikap mengamuk setiap kali keinginannya tidak diikuti.
4.Jangan menyuap anak dengan gula-gula kerana ia membuat anak anda terbiasa dan mengharapkan sogokan apabila keinginannya tidak dipenuhi.


Tindakan:
1.Tetap tenang dan jangan bimbang dengan tanggapan atau pandangan orang lain.
2.Dukung anak bila perlu, untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini atau kerosakan pada barang yang dijual.
4.Tinggalkan kedai walaupun anak masih meragam.
5.Bila anak sudah tenang, jelaskan padanya bahawa anda berdua tidak akan pergi lagi ke kedai  jika dirinya tetap meragam.
6.Beri hadiah bila anak berperilaku baik misalnya dengan menghabiskan waktu berdua secara istimewa misalnya makan ais krim bersama.


MESTI TAHU 1
Hampir semua ibu bapa pasti pernah mengalami kesukaran menghadapi anaknya yang tidak patuh, melawan dan tidak biasa dengan peraturan. Anak-anak pada usia ini, beranggapan mereka mahu berdikari dan tidak mahu bergantung kepada ibu bapa. Namun sebagai ibu bapa anda perlu mengajarnya untuk belajar mengendalikan diri. Kita dapat mengajar anak berperilaku yang betul dan baik dengan memberikan hadiah kepadanya jika setiap berperilaku baik. Namun jangan terlalu kerap memberi ganjaran ini. Di samping itu, anda juga boleh berpesan supaya anak bersikap baik sebelum masuk ke dalam kedai, katakan padanya, perilaku bagaimana yang anda inginkan serta kesannya apabila dia berperilaku buruk.
 
MESTI TAHU 2
Apa-apa pun, tidak bermakna anda tidak boleh mencubit atau memukul jika anak anda masih belum berhenti meragam. Tetapi biarlah dalam situasi terkawal iaitu dilakukan dengan kasih sayang. Bukannya cubitan atau rotan itu dalam perasaan marah. Atau anda boleh biarkan dia diam sendiri. Setelah anak tenang, anda dekati dan peluknya. Seterusnya menasihatinya supaya tidak melakukan demikian lagi.


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2lXh0pP via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close