loading...

Kes Tolak Kepala Bayi Dah Viral, Tapi Cuba Semak Balik Sama Ada Yang Keluar Itu Kepala Atau Uri!

Baru-baru ini kecoh tentang ibu lepas bersalin yang tak puas hati kes TOLAK KEPALA BAYI. Ada yang memihak doktor dan nurse dan ada sesetengahnya menyokong ibu yang masih bersedih itu. Tetapi dalam situai ini siapa yang salah? Adakah betul benda yang ditolak itu kepada bayi atau sebenarnya uri yang berpisah dari rahim!?

Jangan menghentam dulu, baca perkongsian dari saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini...

Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan satu soalan ringkas yang saya terima :

"Bolehkah kepala bayi yang dah keluar celah kangkang ditolak masuk semula, kemudian terus buat pembedahan untuk keluarkan bayi tersebut? Lepas tu, bayi tersebut mati pula dan kononnya sebab kepala bayi ditolak masuk secara paksa walaupun dah ada celah kangkang."

Apabila kepala bayi dah keluar, adalah mustahil untuk ditolak masuk kembali. Jika pernah sambut bayi, tentu tahu bahawa ia agak mustahil untuk menolak semula kepala yang telah keluar, lebih-lebih lagi jika dah celah kangkang.

Sekiranya kepala bayi telah keluar dan bayi viable (masih hidup) serta dalam keadaan kecemasan, doktor akan menggunakan instrumen seperti forcep atau vakum untuk membantu mengeluarkan bayi dengan segera jika memenuhi syarat, bukan pembedahan. Jika instrumen gagal, barulah pembedahan akan dipertimbang.

Sekiranya kepala bayi dah keluar celah kangkang dan bahu bayi tersangkut, ada beberapa maneuver (posisi) yang akan dibuat untuk mengeluarkan bayi, bukan pembedahan.

Sekiranya kepala bayi dah keluar tapi bayi dah meninggal, kebiasaannya doktor akan biarkan proses kelahiran itu melalui jalan bawah sahaja, bukan pembedahan, kerana risiko pembedahan kepada ibu adalah lebih tinggi berbanding melahirkan bayi yang telah meninggal dunia melalui jalan bawah.

Tetapi, jika sebenarnya kepala bayi belum keluar namun bayi berada dalam kondisi tertentu, ada kemungkinan pembedahan akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi contohnya tali pusat / tangkai uri terkeluar (cord prolapse) atau bayi lemas (fetal distress).

Dalam kes tangkai uri terkeluar, sesiapa yang memeriksa bukaan dan mendapati ada tali pusat / tangkai uri terkeluar, sememangnya dia akan menolaknya ke dalam bagi menyelamatkan bayi. Dalam situasi tertentu, kepala bayi (yang masih dalam rahim) akan ditolak sedikit bagi mengelakkan ia menekan tali pusat / tangkai uri yang terkeluar dan seterusnya pembedahan kecemasan akan dilakukan.

Satu kondisi lagi ialah keadaan yang membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan anak contohnya abruptio placenta, embolism, dan lain-lain.

Abruptio placenta ialah uri berpisah daripada dinding rahim sebelum bersalin menyebabkan pendarahan, bayi lemas dan kontraksi kuat walaupun jalan bawah belum buka sepenuhnya.

Amniotic fluid embolism pula ialah keadaan di mana cecair ketuban memasuki saluran darah ibu yang boleh menyebabkan kematian si ibu dan seterusnya anak.

Dalam kondisi ini, pembedahan kecemasan juga akan dijalankan, dan jika sangat bernasib baik, kedua-duanya akan selamat. Namun, jika nyawa ibu sahaja yang selamat, bersyukurlah kerana suami tidak ditinggalkan keseorangan dan pasangan ini masih ada peluang untuk berusaha mendapatkan zuriat lagi pada masa akan datang.

Keutamaan pada setiap masa adalah nyawa ibu. Bersyukurlah jika nyawa ibu terselamat dan seharusnya si ibu perlu berterima kasih kerana membantunya berikhtiar untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Selepas membaca kisah tular tersebut, apa yang dialami kemungkinan besar ialah abruptio placenta iaitu uri terpisah atau lekang dari dinding rahim menyebabkan pendarahan yang banyak dan kontraksi yang kuat secara tiba-tiba walaupun bukaan belum penuh. Bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa ibu dan anak, pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Alhamdulillah, nyawa ibu terselamat dan semoga pasangan ini dikurniakan zuriat sebagai pengganti pada masa akan datang.
 

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2neLOqR via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close