loading...

Laki Gila Gajet! Ini Makan Dia…


Masa kat meja makan tulah nak pegang handphone.
Masa nak tidur jugalah dibeleknya handphone.
Masa traffic light merah, pun sempat jeling handphone!

Aduh, suami… dah kenapa sampai handphone lagi best dari isteri? Ini bukan senario main-main ya. Dah makin serius sekarang. Paling seram bila suami-suami jenis ini yang umurnya nak masuk 40-an ke atas.
Lagi parah, bila asyik dengan gajet, isteri yang kelam kabut urus rumah tak dibantu. Walaupun suami buka kategori curang, isteri tetap rasa berbulu dengan sikap lepas tangan suami. Oh! perasaan 'makan dalam' ini memang bahaya.

Jom Cari Solusinya

Doa

  • Berdoa dengan ikhlas agar suami/isteri rasa lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.

Takwa

  • Berusahalah sehingga suami/isteri mendapat celik akal (kesedaran) dam kurangkan memegang gajet ketika berada di rumah.

Cakap Elok-elok

  • Beritahu dengan suara dan intonasi yang paling lembut dan terbaik pada suami/isteri. Isteri jangan lawan dan bercakap kasar dengan suami. Suami cakap elok-elok pada isteri.
  • Ini untuk ingatkan suami/isteri supaya jangan asyik  main telefon bimbit sama ada di dalam bilik tidur, majlis makan malam seisi keluarga, bersantai depan televisyen dan telefon bimbit sentiasa di dalam genggaman termasuklah ke dalam tandas.

Kembali pada Fitrah

  • Kena ingat sentiasa mengenai fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan. Setiap manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.

 Cara Betul Guna Gajet

  • Jadikan alat komunikasi
  • Jadikan alat keselamatan
  • Jadikan alat pencarian maklumat
  • Jadikan alat bantu belajar
  • Jadikan alat bagi penggunaan ibadah

Gajet Boleh Sebabkan Suami

  • Mudah terlibat dalam skandal.
  • Mengkhayalkan suami dari segi gambar dan video porno.
  • Ketagih melayari dan menggunakan aplikasi whatsapp, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
  • Kurang kemesraan suami isteri.
  • Rosakkan minda dan jiwa suami.
  • Hidup dalam khayalan dan membazir masa dengan bermain gajet.
  • Cepat marah.
  • Pentingkan diri sendiri.

Kenapa Suami Terjebak?

  • Suami lemah ilmu disiplin pengurusan masa
  • Tidak jelas peranan sebagai suami, ayah dan role model kepada seisi keluarga.
  • Tak matang dari segi  memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami.
  • Mementingkan hawa nafsu sendiri.
  • Kurang penghayatan hidup dan mengamalkan ilmu agama, selari dengan tuntutan agama.
Apa Pula Yang Isteri Alami
  1. Kemesraan akan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
  2. Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang penghayatan rohani dalam jiwanya)
  3. Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stres kepada isu dan masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).
  4. Kurang majlis ilmu di dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).
Kajian dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat (2015) dapati suami yang gila gajet boleh alami:
  • Sindrom suka menukar gajet  dari semasa ke semasa
  • Susah tidur malam
  • Sindrom stres emosi
  • KEGEMUKAN!
  • Telinga rosak
  • Mudah mendapat penyakit hati
  •  Mudah mendapat penyakit asma

Masih Belum Terlambat Bantu Suami

Masalah suami gila gajet bukanlah masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang ‘matang’ atau ‘belum matang’. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep kendiri seseorang suami. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras bagi mengubah sikap negatif suami sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan.
Sumber: DR. (Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga
Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close