loading...

Lelaki Kecewa Lamaran Ditolak Kerana Rumah Tiada Tandas

Di China, impian seorang lelaki untuk mengahwini teman wanitanya bertukar insiden memalukan apabila lamaran yang dibuat di khalayak ramai ditolak ‘mentah-mentah’ oleh gadis berkenaan.

Memetik laporan portal South China Morning Post, lamaran pemuda tersebut bukan saja ditolak, malah dihina oleh wanita berkenaan dengan menyatakan rumah lelaki itu terlalu sempit untuk dirinya.

Berdasarkan video yang menjadi viral di media sosial di China, wanita itu kedengaran menjerit dan memberitahu lelaki berkenaan tidak layak untuk menjadi suaminya kerana rumah pemuda itu tidak mempunyai tandas.

“Rumah kau tandas pun tiada, bahkan juga bilik air. Kau melamar aku untuk berkahwin dengan kau, kau memang kelakar!,” wanita itu menjerit kepada lelaki itu di hadapan khalayak ramai.

Selepas dimalukan, lelaki itu kemudiannya kelihatan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

from HANASUVA http://ift.tt/2mDH11k via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close