loading...

Malaysia Catat Inflasi Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun

Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun namun dijangka tidak akan memberi kesan terhadap polisi kewangan negara.

Menurut The Straits Times, kenaikan inflasi tahunan mencecah 4.5 peratus pada Februari, 3.2 peratus pada Januari, tertinggi sejak November 2008 dimana ketika itu kedudukan inflasi negara mencecah 5.7 peratus.

Pemerhati ekonomi berkata kenaikan minyak petrol pada Februari antara pemangkin utama kenaikan inflasi tersebut.

Pakar ekonomi daripada Kumpulan Bank Australia dan New Zealand, Ng Weiwen berkata, kenaikan harga minyak dunia akan menjadi kunci utama terhadap inflasi di Malaysia.

Ng turut berkata kadar inflasi tersebut mampu mencecah 5 peratus bulan ini.

Kos pengangkutan meningkat kepada 17.9 peratus berbanding tahun lalu, selepas terdapat peningkatan 8.3 peratus sebelum itu.

Harga makanan, yang merangkumi 30 peratus daripada CPI, naik 4.3 peratus berbanding setahun yang lalu.

Meskipun statistik tampak membimbangkan namun pakar ekonomi Nomura, Brian Tan berkata senario itu tidak memberi tekanan terhadap Bank Negara Malaysia.

Brian berkata Bank Negara tidak akan mengambil tindakan terburu-buru ekoran inflasi tersebut hanya disebabkan oleh perubahan yang berlaku terhadap pasaran minyak dunia.

Khamis lalu, Bank Negara menjangkakan tahap inflasi hanya akan berada disekitar 3 hingga 4 peratus tahun ini.

from HANASUVA http://ift.tt/2nIHxeZ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close