Lapor Vietbao, Tin Nong, 31, lebam di kedua-dua belah mata, pipi bengkak, mulut berdarah dan mengalami beberapa lagi kecederaan lain di badannya akibat dibelasah oleh isterinya.
Tidak mampu menahan penderitaan yang dialaminya, Tin Nong mengambil keputusan untuk mendedahkan penderitaan yang dialaminya di laman Facebook di mana sepanjang perkahwinan mereka, dia telah dipukul dan didera wanita itu.
Difahamkan, Tin Nong dan isterinya telah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai seorang anak perempuan, berusia dua tahun.
Namun, wanita itu tiba-tiba berubah dan kerap meminum arak. Apabila ditegur, isterinya marah dan memaki hamun mangsa, selain turut dipukul. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wanita itu sudah berani membelasah suaminya dengan lebih teruk sehingga menyebabkan mangsa cedera.
Video yang didakwa Tin Nong dibelasah oleh isterinya
Posted by Phan Lan on Tuesday, February 28, 2017
Menurut Tin Nong, gambar kecederaannya itu dimuat naik pada 20 Mac 2016, tetapi tersebar di media sosial baru-baru ini.
Justeru, Tin Nong menasihatkan agar golongan belia yang mahu mendirikan rumah tangga berhati-hati memilih pasangan, musang dah banyak berbulu ayam. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2mczCoX via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment