loading...

Maybank Tawar Cuti Bersalin Selama Setahun

KUALA LUMPUR – Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun yang berkuatkuasa serta merta untuk pekerja wanita yang layak.

Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat kumpulan itu di Menara Maybank, di sini, Rabu.

“Manfaat ini diperkenalkan selepas membuat semakan menyeluruh terhadap dasar dan program yang ditawarkan Kumpulan Maybank.

“Peningkatan kepada dasar cuti bersalin 90 hari sedia ada ini merupakan satu lagi ciri utama komitmen kami terhadap agenda kepelbagaian dan kerangkuman Maybank serta sejajar usaha berterusan kami bagi menginsankan pengurusan manusia,” katanya.

Selain itu, Maybank turut memperkenalkan dasar cuti sabatikal bagi semua kakitangan yang layak untuk mengambil cuti minimum tiga bulan sehingga 24 bulan. – Bernama

from HANASUVA http://ift.tt/2mjAXbU via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close